Thursday, December 25, 2008

Just For Fun



Glemernya si abang kannn..kucing pun tengok dia

Wednesday, December 24, 2008

Cerita Ahad - 21.12.2008

Salah satu perkara yang Eiba paling suka buat, termasuk lah aktiviti family adalah melihat show esp kete laaa...tak tahu kenapa tapi paling tak suka pi soping..hehehehehehhehe..untung TB kan?? Kalau pi soping kaki cepat lenguh..tapi kalau pi tengok show..huh!! satu hari jalan pun tak rasa apa.

So, pada Ahad yang lalu, eiba sekeluarga pi lah Auto Show..pelbagai jenis kete2 mewah...YA Allah best sangat!!! Apatah lagi bila dapat test drive. HONDA JAZZ yang baru...fuiyyoooo...memang mengancam gillerrr... Agent tu kata..eiba memang sesuai sangat bawak..keh..keh..keh...tapi poket lak tak sesuai...rega dia???? Huiiiii....Lu fikir lah sendirik..... So u all layan lah pics kat sini yaa...



Korang agak kan..kalau kete wat cam nie, gerenti kena pecah kan?? lagik2 kalau parking kat tepi2 jalan kan??? Tapi menarik sangat...kalau dapat wat cam nie gamaknya modal ader sampai 20k tak??? Hehehehehehhe...membazir kan..wat u all think??







Antara kereta yang menarik minat ku, selain dari HONDA JAZZ laaa....huhuhuhuhuhu...



Antara kete sport idaman kalbu..selamba ajer angka adik dok dalam kete tu..hahahahahaha.. siap ader yang jeling2 manja jer masa we all pose kat kete tu..kih..kih..kih..tak kira..!! Nak gaks!!



Ehemp...Jgn tak caya, eiba sempat salam ngan Tengku Mahkota Johor. Org kata kalau serasi luck dia akan lekat kat kita..agak2 kalau peluk dia apa yang kita dapat ekk??? Hehehehehehehe..
(Gurauan ini terpaksa di tapis untuk elakkan dari sebarang salah faham..harap maklum...)



Kete2 drift nie, bukan untuk tatapan saja tawww... Ape pun..korang fikir lah yerrr...



Sekian lah entri kali ini. Tapi memang eiba sekeluarga enjoy sangat. Kenangan paling manes sekali bila dapat test drive HONDA JAZZ new edition tuuu....kang kalau u all taww..ader tempat2 yang boley test drive kete2 yg agak mewah nie..habaq mai kat eiba yerr...i like to test!!

Monday, December 22, 2008

Kawan baik


Katanya Dia ingin menjadikan aku kawan nya, katanya dia suka untuk jadi kawan ku, Tak pernah bertemu, apatah lagi mengenalinya. Hanya sedikit cerita mengenainya menerjah cuping telinga ku. Bagaimana rupanya, peribadinya tak pernah menjadi soal dalam hidup ku. Namun sesekali berbicara lewat udara di alam maya.. Tak berani untuk ku menilai dirinya, sedang dia tak kukenali. Menjadi kawan ku?? Suda tentu..siapa saja boleh jadi kawan ku selagi ada keikhlasannya. Bantal Mickey Mouse pemberiannya..katanya tanda persahabatan, aku terima dan berharap persahabatan yang baru bermula itu tidak disalah ertikan oleh sesiapa. Terima Kasih sahabat baru ku..



KaWaN BaiK
Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu

kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

K awan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk

membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya

untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat
diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah

seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak men
ghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara
yang baik kepada kawan baiknya
.

Kata2 ini, eiba tujukan istemewa buat "Teman" yang selalu di samping eiba saat suka dan duka, teman ketawa dan marah, melalui saat2 sendu bersama..untuk dia yang ku panggil "yayang" .



"Ya Allah....Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh HATI seseorang
yang HATInya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..."
"Ya Allah....Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada CINTA hakiki dan RINDU abadi hanya kepadaMu..."

Friday, December 19, 2008

E-Card Dari Tera yang Ayu

Tima Kasih Tera, pada E-card yang dikirimkan...Walau tak pernah bertemu muka, bersua bicara, bergurau bersama, namun terasa kemesraan yang dipamerkan, keikhlasan yang dihulurkan, kusambut dgn kegembiraan...Tera ..teng kiu so much!!!

Monday, December 15, 2008

Hari Raya Aidil Adha Part 2

Walau Aidil Adha telah berlalu, tapi kenangan kegembiraan adil adha tahun ini amat bermakna sekali bagi keluarga kami. Apatah lagi untuk Mak & Ayah yang ku sayangi, dengan menerima penganugerahan Peringkat Daerah Pontian - Ibu & Bapa Mithali 2008 dan peringkat Negeri Johor akan berlangsung pada 29 December 2008 bersamaan Awal Muharam (Maal Hijrah). Yang kedua, ayah dan mak juga akan menunaikan umrah pada bulan March 2009. Alhamdulillah. 3 kali menunaikan fardu haji dan kali ini mereka berdua bersama2 menunaikan umrah. Alhamdulilah, syukur pada nikmat yang Allah kurniakan pada kedua ibu bapa ku, semoga mereka sentiasa sehat, dan di perkukuhkan keimanan. InsyaAllah...



Pembahagian duit raya tidak dilupakan tradisi ini, dari atok kepada cucunya, dari ayah kepada anak nya..menantu...sila tengok saja yaaaa...hahahahhahahaha..jgn jeles....



Namanya raya kalau tak der ketupat tak der makna nya, kuranglah seri hari raya..



Makan pagi sebelum pergi menunaikan solat adiladha..sebenarnya pagi ini agak lambat sikit sebab hujan..sejuk tu nak bangun..kalau bukan raya...rasa semua masih terbongkang lagik..heheheheheheehe....



Juadah yang disiapkan oleh keluarga ku, semuanya ambil bahagian..tapi yang menantu jer lah..bahagian makan...hahahahahhaa tgk lah badan menantu2 mak ngan ayah tuuu...berselera kan???? Jangan mareee aaarr TB ku sayang....



Otak2 tuuu...sedap...azie yang buat....habih...baper kali bakar tah....cepat ajer habih nya....



Mandur merangkap pemerhati aka my lovely dad selaku ketua bagi kerja2 kat dapur, supaya perjalanan urusan dapat dijalankan dengan teratur..



Ketua chef itu lah dia..mak kesayangan eiba..kalau dia tak involve..tak jadik beb...



Ehemmmppp...yang nie, kalau raya tak der kek coklat boley sawan...hahahahahahahha...Sib baik sedap...Kenapa yerk..raya sinonim sungguh dengan yang ader kaitan coklat2 nih..?? Kenkdg confius gakkk..sebab i love coklat very much gaksss...kuii..kui..kui...



Kakak ku ini pregnant actually..tapi masih ligat wat keje2 dapur...hehehehehe..ayam masak merah yang sedap tu pun dia lah yang masak...eerrrmmmpppp sedap tawww...siap bawak balik PG lagik...(mak yang bagik yaaa..kita tak amik sendiri..)



Yang nie lak keje dia memang bahagian potong2 sayur..hehehehhehehe...sebab bab2 potong2 nie dia terrer sikit..pejam mata pun jadik...(kak nie jangan marah....!!)

Korang tentu tertanya2 mana lah pics eiba yerk...Macam biasa laaaa...bila dah eiba yang tukang hambik pics nie semua...maner ader org nak amik pics eiba....(huwaaa..huwaaa...huwaaa...huwaaa....)

Saturday, December 13, 2008

Hari Raya Aidil Adha - Part 1

AidilAdha tak dapat lari dari melakukan pengorbanan. Sedekah dan amal jariah. Semoga diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. Eiba pun tak tahu nak tulis apa, banyak sangat nak citer, so dah jadik tepu kat kepala otak eiba nie.. apa2 pun u all layan lah gambar2 kat bawah nie. Then u all boley lah wat citer sendirik. Sapa dapat karang citer yg paling best...eiba akan bagik hadiah..istemewa dari eiba. Pengadil nya eiba dan TB laaaa...hehehehehehe...so apa lagik...Sapa punya citer yang paling best, eiba akan post kat blog eiba laaa...hehehehehehe...so...adaa berani??? Cerita tersebut hendaklah berdasarkan pics di bawah yaaaa....












Wednesday, December 10, 2008

Tahniah Untuk Mak & Ayah tercinta



Tahniah !!! Untuk ayah & Emak yang mendapat penganugerahan peringkat Daerah Pontian sebagai Juara Ibu & Bapa Mithali. Terlalu bangga dengan pengorbanan kamu ayah dan ibu ku, Tanpa pengiktirafan ini pun, kamu berdua adalah yang terbaik dalam hidup ku, Kerana kau lah sumber ilham ku, tunjang jalan hidup ku, teman jatuh dan bangun ku, sentiasa abadi dalam jiwa ku, Kau lah segalanya untuk ku Mak & Ayah ku... Maaf kan eiba andai sepanjang mak & ayah menjaga dan membesar kan eiba, banyak perkara2 yang menyinggung hati mak & ayah. Eiba doakan mak dan ayah sentiasa dirahmati dan diberkati, di perkukuhkan keimanan sepanjang zaman, sepanjang usia...

I LOVE U TOO MUCH MAK & AYAH



Anugerah yang Mak & Ayah perolehi



Antara hadiah yang diperolehi selain wang tunai.



Ini lah anak2 mak & ayah, beserta menantu dan semestinya cucu2 yang paling comel



Eiba ngan mak yang paling ku sayangi..



Bersama ayah yang ku kasihi.

Wednesday, December 3, 2008

Bulan Tersenyum Subhanallah...

Kejadian bulan 'senyum' yang dikatakan berlaku pada 1.12.2008 (Malam) adalah 'luar biasa' Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai orang tersenyum atau 'bulan senyum' yang kelihatan bermula pada jam 8 malam. (Tak der rezeki nak tengok...) Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali.

* Nauzubillah, kuasa Allah, jika dia nak tunjukkan sesuatu...Subhanallah Maha Suci Allah....*




Pandangan dari USA



Pandangan dari SERBIA



Pandangan dari AUSTRALIA



Pandangan dari Malaysia



Pandangan dari Iran



Pandangan Dari Malaysia



Pandangan Dari AUSIE


Tuesday, December 2, 2008

Dunia belum berakhir (29.11.2008 - Sabtu)



Berulang kali ku pujuk hati, apa yang berlaku pada ku ada hikmahnya, namun kegagalan aku berbuat demikian menjadikan aku terlalu mudah menitiskan air mata. Sebenarnya aku cukup terperanjat dengan apa yang berlaku pada 29.11.2008 (Sabtu) sekitar jam 12.15 tghari aku keluar dari opis menuju kekereta. Sedang nak masuk kedalam kereta, secara tiba2 handbag ku di ragut dari belakang. Terkejut, terpaku, terkesima semua ayat2 tak mampu menyatakan apa yang kualami ketika itu, cuma aku hanya mampu memerhati dalam kelam, pandangan berpinar (Masa tu kebetulan aku juga mengalami sakit kepala yang amat)

Tak mampu menjerit, apatah lagi bertindak, yang ku tahu, aku hanya mampu memegang kereta dan berkata dalam hati ku "Handbag ku...." Segala yang ada dalamnya hilang sekelip mata. Wallet kesayangan ku..BONIA (7 tahun guna hadiah masa hantaran...huhuhuhuhuhu) HP kesayangan ku yang ku beli benar2 dari hasil kerja ku sempena hari lahir ku pada bulan 9 yang lalu..(Baru 2 bulan pakai..wa..wwwaaaaaaa....) ic, lesen,atm card, credit card, uo card, mesra card, smile card, bonus link, jj card...photo org yang kusayang, photo my mum and dad, photo anak2 ku, photo familyku..YA Allah..lum masuk bedak lagi, lipstick ngan barang misc. yang lain, duit of course, walau tak hibu2 hinggit, tapi cukup lah sementara nak tunggu gaji masuk...terkilan sangat...

Yang nyata aku bersyukur sangat sebab aku tak apa2 atau terjatuh semasa kejadian..Jika tidak tentu bertambah haru keadaan aku. Dan hari ini, aku akan teruskan kehidupan seperti biasa, seperti masa2 gembira yang lalu. Biar apa pun yang terjadi, dunia belum berakhir, Allah akan tetap menguji hambanya, untuk menambahkan keimanan di dada ...Aminnn...

***********************************

Dikesempatan yang pendek ini, eiba nak ucapkan million thanks to suami eiba of course yang banyak beri nasihat dan sokongan pada eiba..(Dia tak bagi eiba nanggis...Awakk..saya sayang awak!!!) Pada mak dan ayah, pada my sis, (Azie) Pada teman mesra eiba sidia yang jauh namun sentiasa dekat dihati, Pada boss eiba yang petang kejadian tu terus kol rumah, malam pun kol, pagi ahad pun kol..(hahahaahahahaha..Boss..u are so caring...thanks..) Pada teman2 sekerja yang membantu eiba buat laporan polis kat Balai Polis setia indah (Azwan) Terima kasih yang tak terhingga atas semua kata2 perangsang. Dan yang paling utama sekali buat kedua anak2 eiba, akmal dan afiqah yang tak henti2 memujuk eiba supaya jangan bersedih dan akmal berjanji untuk belikan eiba hp baru dan nak pukul sapa yang amik barang2 eiba tu...(kamu sudah besar anak2 ku...)

**************************

Buat semua, berhati2 lah pada setiap ketika, lalai sesaat penyamun tak pernah tersasar dan tak akan kenal erti putus asa...uuhhh..

Friday, November 21, 2008

Tag dari Kamezaim

Tag dari Kamezaim nie..kena amik pics dirik sendirik lah pulak..keh..keh..keh...punya lah excited nak exposed dirik sendirik..yang hampeh nya tak leh edit lah pulak..tu yg lomah tuuu Tapi Kamezaim punya pasal...(Best taww blog dia...byk lagu blh download...then klu nak lagu haper2 pun dia blh tlg carik kan...hehehehehehe...Kamezaim jgn marah arrrr...)



Peraturan yang di perlukan adalah seperti di bawah...

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture....
3) Post that picture with NO editing...
4) Post these instruction with your picture...
5) Tag 10 people to do this..

Lohhhh....kena tag org ker....hehehehehehe...i like it...tak pasal kang majukss kawan2 eiba nie kang...eiba harap sapa yg kena tag nie...buat lah yer...teringin sangat nak tgk wajah u all yang CONFIRM cute miut punya laaaa.....

1. Kutaksempurna
2. Kak Sepi
3. Akak
4. Suzi
5. Sweetlily
6. Tok Ma
7. Kak Tiny
8. Zanie
9. Intan
10. Hazreen.

Hahahahahahha...korang jgn lah cheat pulak arrrr....Tima kasih sebab bekerjasama yaaa..

Award Dari KamarHati

Tima Kasih berjuta2 kat Kamarhati yang sudi menghadiahkan award nie pada eiba..sungguh terharu dapar award2 cam nie..maklum lah penghargaan pada insan yang kita kenal namun tak pernah lagi bersua muka..tertanya2 di hati "bagaimana kah sidia" dengan tulisan dan cerita2nya yang manja, membawa pelbagai emosi suka dan duka dalam satu rasa...terima kasih Kamarhati..




Dengan bangga nya dan atas semangat keperwiraan (apa nihhh?? tetiba lah pulak...) Eiba nak bagik pada kawan2 yang baikkkkk..yang manjjjaaaa.... yang...semua laaa...yang pastinya tak jemu menjengah rumah eiba kat sini...I love u all....

Wednesday, November 19, 2008

Ceria, gembira atau serba tak kena???



Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

' Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa'saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria,hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat
keberkatan insyallah...'

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Friday, November 14, 2008

Kaji Selidik - Pasangan...Perlukah????

Panggilan telefon dari suami ku minta eiba menunggu nya di restoran sebelah tasek dahlia, jam 6.30 petang, katanya tak perlulah ambil anak2 dulu. Makan berdua...ala2 dating gituuu...Fuuuhhh..bersungguh2 eiba nak balik awal masa tuu..semangat tetiba berkobar2 maklum lah dapat makan free lagi..tak yah fikir nak masak apa..Sempat sampai rumah kul 6 petang..ahhh sempat lagi untuk tukar baju..mandi ...(mesti lah nak kelihatan menarik kan??)



Sampai kat sana, TB dah ada..waaahhh dah minum lak dia..Terus parking kete kat sebelah keta TB..errmmmppp..agak2 kenapa yaa...Maybe dia rindu kat eiba..lama tak berdua2an hehehehehe



Bukan pertemuan itu yang eiba nak kongsi dengan u all. Tapi eiba nak tanya pendapat u all. Esp yang sudah punya pasangan laa...based on ur experience.. Eiba pun agak2 confius gituu...Cuma perlukah pasangan anda mengetahui semua gerak geri perjalanan hidup dan apa yang kita buat?? Adakah bila kita sudah berumahtangga, kita mesti menjarakkan kehidupan sosial kita dengan kawan2 yang lain?? Masih ada kah hak privacy yang perlu di pertahankan seperti hp dan wallet???



Sebenarnya, eiba terperanjat bila mendengar cerita dari seorg teman eiba yang kawan suaminya terlalu detail check si isteri..hingga sms pun dia mesti baca, sent item, inbox bla..bla... maner nak pi dengan sapa..detail sungguh..terfikir lak eiba yang apakah si suami itu terlalu cemburu kah??? Atau terlalu sayang kah?? Atau terlalu tamak kah?? atau mungkin isteri nya memang jenis tak boleh dipercayai??? (ayat sadisss...)

Sedang eiba pernah terbaca, salah satu keruntuhan rumahtangga adalah kerana pasangan suka baca sms pasangan nya. Akibatnya boleh menimbulkan syak, prasangka yang bukan2. Bagi eiba lebih baik tak tahu dari sakit hati..makan diri beb....



Ahhhh...berbalik pasal citer tadi..perlukah kita mencari, mengali dan megkaji selidik pasangan kita??? Apakah jika kita tanamkan saja kepercayaan itu tidak mencukupi?? Tak cukup kah yang kita tahu pasangan kita sayang kan kita??? Tak boleh kah walaupun kita sudah berkahwin, mempunyai komitmen, kita ada sedikit ruang dan memberi ruang pada pasangan kita untuk kehidupan sosial nya?? Salah ker jika eiba mempunyai terlalu banyak ruang untuk itu??? So cemana pendapat korang???



Bagi eiba

" No Matter how much love exist in relationship, it cannot survive without trust "