Wednesday, November 9, 2011

Aku & Kesihatan

Tetiba sebelum menjelang raya Haji.. aku terpaksa berulang alik ke toilet.. menyangka itu dalah simptom biasa, aku buat dek saja.. namun bila berlaku sedikit perdarahan semasa membuang air kecil, apa lagi.. pucat lesi aku.. terasa terlalu sakit pinggang.. ala2 nak bersalin.. sehingga malam yang sepatutnya aku sampai kerumah mak di kampung terpaksa di batalkan gara2 aku x dapat bergerak.. Tiap kali bergerak.. rasa terlalu bisa di bahagian perut & pinggang.. Anak2 ku yang da ready untuk balik memicit2 perut ku. Ternampak jelas kekecewaan di mata Akmal.. maklum sepupu yang lain sedang siap berkumpul menunggu dia..Makin ku tahan makin sakit pulak jadi nya.. dah lar aku nie memang x suka pergi klinik.. arrrggghhh...


Di sini aku nak share apa yang aku dapat & apa yang telah di beritahu oleh doktor berkenaan apa yang kualami.. ini kali pertama..Daripada apa yang di terangkan.. memang aku akui, gaya hidup aku menjadi punca keadaan ini.. errrmmpp.. memang kene berubah!


KENCING KOTOR (UTI)


Jangkitan kuman pada saluran air kencing selalu berlaku kepada wanita yang kurang minum air dan sering menahan perasaan untuk kencing.


Pesakit yang baru menjalani pembedahan yang dimasukkan saluran getah ke dalam saluran kencingnya turut mudah mendapat jangkitan.Keadaan kencing berdarah spt pesakit batu karang buah pinggang juga mudah mendapat jangkitan pada saluran dan pundi kencing.


Tandanya ialah kencing yang tak lawas, kencing pedih dan panas, kencing berdarah, sakit di ari-ari dan perasaan loya.Jika ia menjadi semakin serius, maka sakit akan mula naik ke bahagian pinggang dan demam pada sekitar suhu 38.5° Celcius. Keadaan ini di panggil ascending pyelonephritis dan memerlukan rawatan antibiotik secara parenteral (intravenous) dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius.Bagi yang baru mendapat simtom kencing kotor, dinasihatkan berjumpa doktor untuk memeriksa kencing dan mendapatkan rawatan(antibiotik). Minum air secukupnya iaitu 8 gelas sehari dan jangan tahan kencing.


Gamat boleh membantu melegakan masalah kencing kotor pada peringkat awalnya. Lebih berkesan jika di gabungkan dengan rawatan antibiotik. Ia melawan radang dan membaik pulih saluran kencing yang cedera. Ia juga mempunyai kesan antinosiseptif yang mengurangkan kesakitan. Bioseed pula membantu mengeluarkan toksin dan membantu penyembuhan.



Aku yang selama ini x begitu peduli dgn pengambilan air yang masak yang secukupnya telah terima padah.. Dan sampai sekarang aku masih makan ubat yang di berikan oleh Doktor. Mengharap semuanya akan baik, aku berjanji akan menjaga kesehatan ku dengan lebih baik. Itu adalah harta yang tak ternilai untuk kehidupan seorang manusia.


Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala


1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
6. Demam dan seram sejuk.


Komplikasi


Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang


1. Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.


2. Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

3. Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.

4. Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Pengurusan sendiri


1. Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.


2. Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.

3. Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.

4. Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.


5. Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).


6. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.


Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

1. Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).


2. Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.

3. Memberi antibiotik tertentu.


4. Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.

Pencegahan


1. Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.


2. Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.

3. Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

4. Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

5. Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

6. Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

7. Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.

8. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

9. Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

10. Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.


So kepada semua wanita.. mudahan kita sama2 menjaga kesehatan diri.. bukan sja perlu cantik.. tapi perlu sehat..!!


Tuesday, November 8, 2011

Antara Mereka Ade Yg TerlukA


Bila kita di beri pilihan.. yang pertama, kedua & ketiga.. kesemuanya adalah yang terbaik untuk kita.. nak di lepaskan kesemuanya teramat di sayangi & telah memberi kesan yang terlalu dalam dalam hidup kalian.. apa yang kalian nak buat? Aku jugak tgh berada dalam situasi yang amat mengelirukan.. x der penyakit nak cari penyakit.. Sekarang tgh bertungkus lumus untuk membuat pilihan.. yang pasti samada keputusan aku A or B or C.. pasti ader yang kecewa..!!


Dan aku?? Kene ikut gerak hati aku.. mana yang perlu di lepas kan.. x mahu apa yang aku gengam hilang... juga apa yang ku kejar bertempiaran & apa yang aku bayangkan terlupus dari pandangan.. Addduuuhhh... sungguh dalam dilema..