Thursday, October 30, 2008

Pemberian Dari "Mu"

Telah 15 tahun berlalu, kita berkenalan, bermesra dan bersama, bercerita tentang hidup dan masa depan kita, bergelak ketawa, merajuk dan manja. Kita memang saling menyayangi dan kita saling merindui..ku percaya kau juga begitu. Namun masa dan jarak seringkali memisahkan kita untuk menciptakan pertemuan menjalinkan kemesraan.



Sehingga kini sahabat ku, ingatan ku pada mu tak pernah luntur, sayang ku pada mu tak pernah hilang, hanya pemberian dari mu, mengubat kerinduan ku, kuharap kau akan kembali menemui ku, walau seketika..kita bertemu semula agar kemesraan kita dan keakraban kita mula tercipta, kembali indah seperti dulu..sungguh..eiba rindukan kamu!!

Dan lagu ini Eiba tujukan khas buat mu..

Hadiran ombak membelai pantai
Tiada putusnya percintaan itu
Hembusnya bayangmu menyejukkan
Tapi tiada terhenti dahaga
Kerinduan suara kekasih
Membelai hatiku
Suara kekasih
Membasuh lukaku

Tibanya sinar bulan di laut
Dengan ribuna alunan kemesraan
Membawa kenangan yang berlalu
Dengan ribuan warna keemasan
Suara kekasih
Membelai jiwaku
Suara kekasih
Yang menyejukkan ku

Wednesday, October 29, 2008

Kehadirannya....

" Eiba, akak nak datang rumah eiba boleh tak?"

Sms yang kuterima dari kakak yang selama ini ku kenali melalui alam cyber, menjadikan seketika mimpi dalam mimpi. Antara percaya dan tidak, namun dalam hati berkata..( Ahhh..tulusnya hati mu, untuk menjalinkan silaturrahim sesama kita, tak rugi jika kita rajin bersahabat dan ikhlas dalam persahabatan)

Kak berdua, jutaan terima kasih eiba ucapkan kerana sudi menjengah rumah kecil eiba di pasir gudang. Cuma mohon maaf sebab eiba tak dapat beri layanan yang istemewa pada akak2 yang tersayang. Hingga lah berlaku peristiwa yang agak melucukan berlaku pada eiba. Hanya akak2 saja yang tau yerr...kalau gelak tuuu hingat2 sikit tawww....hahahahahahahahahahahhahaha....







Pssttt akak2 eiba yang baik hati, nanti kalau mai lagi..kita pi main bowling lak nak??? Kat kompleks pasir gudang ader pusat bowling. Boley release tensen sat...
Jangan serik arrr mai rumah eiba.....Love uuuu aaallll

Friday, October 24, 2008

Kenangan di Aidilfitri

Raya kali ini, eiba tak dapat nak wat pelbagai hidangan untuk tetamu yang datang, sebenarnya bukan wat rumah terbuka sangat, tapi wat doa selamat sekaligus jemput kawan2 terdekat saja. Rasanya tak larat nak masak banyak2. Maklum lah..bila usia dah meningkat, energy pun dah makin kurang...hahahahahahahahahaa...



Roti jala nie eiba buat bertungkus lumus kat dapur, 2kg tepung..dari pagi buat...bertungkus lumus...huhuhuhuhuhuhuhu....



Mee Goreng hidangan yang mudah dan ringkas...



Kari daging ngan sup ayam, spesel basuh ayam sendiri 10 ekor, sampai krem paha...tak leh bangun..tak pasal2 TB kena urut..jalan pun alignment dah out..hehehehehehehehehhee..teruk tulll..



Ayam goreng madu...Wat nasik ayam sebenarnya, TB yang request, masak ikut tekak dia laa nieee.... Janji dia nak tolong eiba ok saja....



Pencuci mulut, haaahhh bersih lah sangat bila makan pencuci mulut tuu..selalunya eiba wat cocktail, tapi selalu tak pernah cukup..wat 4 tin pun habis..kali ini wat cam nie lak..jadik sorang amik 1 jezzz..(kedekutnyerrr..) Wat dalam 110 jeerr..x larat nak wat bebayk lagi...



Antara tetamu yang hadir memeriahkan acara mari makan2 bersama2... Yang geramnya tak sempat nak amik pics yang lain camera dah hilang...anak sedara pi simpan lak...nak ajer cubit2 manjer..tu gara2 si adik lah tuu yang sebuk sangat nak amik gambar...tak banyak pics yang sempat di snap.


Ini lak pics yang sempat dicurik amik oleh abg.. nak tau tak?? Itulah adir ipar Kak SEPI kita...dok sekangkang kera jer ngan rumah eiba kat PG. Ngeri tak ngeri lah nak pergi, tapi kena kuatkan hati, akhirnya sampai gak rumah adik kak Sepi. Thanks akak, semoga perkenalan kita berpanjangan..saya sayang akak...Terima kasih pada kak watie kerana sudi terima eiba sekeluarga sebagai tetamu akak malam itu..best..layanan akak cam kita dah kenal lama..mesra dan indah...aahhhh..meriahnya raya....



Psssttttt....pics2 kat atas tu, tak der satu pun yang sempat di edit..hantam saja laahhh yer...untuk tatapan mata..hik..hik...hik...

Bijaknya anak2 ku



Citer 1

Abang : Ibu...ibu..tadi kat sekolah cikgu faridah tanya abang nak adi apa..

Ibu : Abis abang jawap apa ??

Abang : Abang cakap abg nak jadik mekanik
(Terdiam seketika sambil memandang muka abg)

Ibu : Abang..kenapa abang tak mo jadi doktor ker, arkitek ker, cikgu ker. naper nak jadi mekanik???

Abang: Abis, kawan2 abg semua nak jadik cikgu, nak jadi polis, nak jadi doktor. Sapa nak jadi mekanik kan ibu kan???

Ibu : Haah kan?? Abang nak repair apa??? Mekanik apa???

Abang: Abang nak repair kapal terbang

Ibu : Waaaahhhh bagus tuuu... abang kena belajar rajin2 tawww...baru boleh repair
repair kapal terbang.

Abang: Haah ibu..nanti abang nak wat cam detomers..
Ibu : Detomers??? Apa tu abang???

Abang: Alaaa..yang robot jadi kereta tuuujadi lorry..jadik kapal terbang...
Ibu : Transformers ????

Abang : Haah...itu laaaaaaa.....apa lagiii???

Ibu : ??????????????
(kartun lagiiiiiiii...!!!!..)


Citer 2

Adik sebuk membelek hp ku, maklum lah wallpaper depan ku letak pics ku sendiri..hehehehheheheehe

Adik : Ibu..muka ibu tak lawa laaahhh...
( Nak tergelak dengar adik kata cam tuuu...)

Ibu : Adik..kalau ibu tak lawa adik pun sama tak lawa

Adik : Tak lah..adik lawa..pasal ayah hensem..

Ibu : Adikkk...naper adik kata ibu tak lawa
Adik : Abisss...ibu tak letak gambar adik kat sini...(kat hp) naper ader gambar ibu jerr??

Ibu : Yerlaaaaahhh...ibu letak gambar adik yerrr...(hehehehehhehehehee)
( Terus ku tukar wallpaper hp ku ngan pics adik dan abg..hahahahahahhaa..)




Citer 3

Entah apa mimpi TB malam nie ajak kami semua makan kat bawah, bersila. Dia kata dah lama tak makan bersila..layankan ajer lah...yang penting dapat makan malam sama2.. Maklum lah makan malamlah tempat eiba nak citer ngan kepoh2 apa2 yang patut. Apa lagi..ku bentang kan tikar yang jarang sekali digunakan (mak yang bagi..) serta surat khabar..(kotlah anak2 kumakan bersepah2 hehehehehhehehehe..)

TB : Adik makan baik2 yer..jangan sepah2
( abang pun baca doa makan, siap jemput kawan2 ngan cikgu makan lagi..)

Ibu: Abg, dok sila molek2 cam ibu niee...jangan mengangkang cam tu tak baik..

Abang : Haah..ibu tengok adik nie, makan bersepah..
(TB tgk adik makan bersepah, dipungut butir2 nasik yang bersepah2 tuuu..)

TB : Adik, nasi nie nanggis taw kalau tak di makan...
(adik diam jerr..sambil menyuap nasi ngan ayam goreng kegemaran nya..)
Eiba ngan TB sebuk berborak tanya itu dan ini sambil tengok buletin utama pasal kes
mangsa kemalangan yang maut setelah menunggu ambulance selama 1 jam setengah..
Kesiannya kan...tetiba..adik meniarap sambil makan...

TB : Adik..kenapa tiarap sambil makan nie..tak baik taww..(sambil memandang eiba)

Adik : Tengok, kalau adik tiarap kan nasik tak sepah2, tengok2 ibu..ayah...( sambil
menyuap makanan ke mulut..

TB & Eiba : ??????????? hahahahahahahhaahaha..logik..logik...



Love u All

Myspace Comments

Rahsia berkasih Sayang mengikut BUlan

Januari
# Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
# Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
# Sukar setia pada yang satu.
# Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
# Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
# Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
# Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
# Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
# Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.
# Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari
# Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
# Amat hormat kepada pasangan.
# Amat suka memikat pasangan.
# Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
# Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
# Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
# Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
# Kurang beremosi terhadap pasangannya.
# Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
# Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac
# Mudah menawan hati pasangannya.
# Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
# Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
# Sangat baik dalam menjaga perhubungan
# Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
# Persaan cemburu yang minima.
# Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
# Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
# Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
# Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
# Berprasangka terhadap pasangan.
# Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.
# Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April
# Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
# Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
# Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
# Sentiasa ingin diberi perhatian.
# Amat cemburu dalam perhubungan.
# Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
# Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
# Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
# Romantik dan terlalu romantik
# Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
# Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
# Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ʽhamba cintaʼ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
# Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2
# Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.

Mei
# Amat mudah jatuh cinta.
# Baik dan jujur dalam perhubungan.
# Pandai menarik hati pasangan.
# Perasaan cinta yang mendalam.
# Mudah untuk dipujuk.
# Kurang suka untuk sentiasa bersama.
# Mudah menerima cinta seseorang.
# Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
# Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
# Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
# Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
# Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
# Ambil berat dalam menjaga hubungan.
# Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Jun
# Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
# Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
# Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
# Cerewet dalam hubungan.
# Selalu beremosi.
# Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
# Cepat rasa bosan dalam percintaan.
# Kurang yakin dalam perhubungan.
# Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
# Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
# Dahagakan pujian dari pasangan.
# Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai
# Amat suka didampingi pasangan.
# Sukar dimengerti oleh pasangan.
# Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
# Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
# Amat menghargai kesetiaan pasangan.
# Mengambil berat dan mengasihi pasangan
# Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
# Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
# Suka merajuk dan dipujuk.
# Setia terhadap pasangan.
# Suka mendengar dan tidak suka membantah.
# Cemburu terhadap pasangan.
# Suka menilai dan menjaga perhubungan.
# Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Ogos
# Tidak serius dalam perhubungan
# Mengambil mudah dalam perhubungan
# Kesetiaan di ragui.
# Pandai memujuk pasangan
# Suka memimpin pasangan.
# Romantik, Pengasih dan Penyayang.
# Kelam kabut dalam perhubungan.
# Sering bertukar pasangan
# Sukar mencari pilihan yang tepat
# Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
# Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.
# Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
# Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September
# Bersopan dalam hubungan
# bertolak ansur terhadap pasangan
# Suka mengkritik pasangan
# Sangat prihatin terhadap pasangan
# Sangat sensitif dan emosi
# Pandai memahami pasangan
# Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
# Amat memilih pasangan
# Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
# Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
# Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Oktober
# Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
# Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
# Sopan terhadap pasangan.
# Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
# Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
# Sukar menerima pandangan pasangan.
# Emosi yang mudah terusik.
# Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
# Cemburu dan terlalu cemburu.
# Romantik
# Memahami pasangan.
# Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9, 10,12.
# Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November
# Banyak helah dalam menghadapi pasangan.
# Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
# Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
# Degil dan engkar dengan pasangan.
# Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
# Mudah ambil berat terhadap pasangan.
# Tidak menghargai perhubungan.
# Sambil lewa dalam perhubungan.
# Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
# Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
# Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
# Kurang bersama dengan pasangan.
# Pasangan Ideal: 4, 7

Disember
# Pemurah terhadap perhubungan
# Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
# Tergesa-gesa dalam perhubungan
# Suka didampingi oleh pasangan.
# Benci dikongkong.
# Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
# Suka mempengaruhi pasangan
# Curang dalam percintaan.
# Kurang berkerjasama dengan pasangan.
# Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
# Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
# Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.


Thursday, October 16, 2008

Maaf Kan eiba



Maaf kan eiba teman2 semua, bukan tak rindu pada kamu semua. Kerinduan ini terpaksa di pendamkan untuk seketika..terpaksa menangani masalah kerja sehingga 24hb 10 ini. Rindu tak terkata tapi apa yang eiba mampu katakan hanya termanggu menanti segalanya berakhir. Setelah semuanya selesai, eiba pasti akan kembali menceriakan hubungan kita. Maafkan eiba sekali lagi.......

zwani.com myspace graphic comments

Wednesday, October 8, 2008

Indahnya Aidilfitri


Nak mulakan tak tahu bagaimana, kerana eiba bukan lah pandai sangat menulis. Macam Kak Sepi, Kutaksempurna ngan kamar hati, tapi eiba nak cerita serba sedikit pengalaman raya eiba. Terlalu gembira dan resah.

Keputusan untuk beraya dikg suamiku pada lebaran kali ini buat pertama kalinya setelah 7 tahun perkahwinan kami. Pada awalnya TB tak dapat cuti. Jadik eiba amil keputusan, raya pertama di kota tinggi johor dan raya selebihnya eiba akan balik Benut. Alhamdulillah semua family adik beradik berkumpul kat Kota memeriahkan lagi Aidilfitri tahun ini, kecuali adik TB yang baru kahwin iki beraya kat rumah mertuanya dulu.

Mak mertuaku berhasrat nak buat ketupat, dan agak2 terlupa pulak dia. Yang eiba nie pun antara ingat ngan tidak cuba buat gak...dan hasilnya memang bagus..ingatan ku masih kuat lagi...yeeeehaaaaa....Tapi 1000x sayang pics ngan video yg ku rakam entah kemana. So tak dapatlah nak tunjuk kepakaran ku pada u all hehehehhehehehe....

Pada Hari raya yang penuh syahdu ini, eiba bertemu dengan saudara2 belah mak & ayah yang lama tak ditemui. Pelbagai citer sambil saling bermaafan. Kulihat nenek ku sudah begitu uzur. Ahhhh..nenek...semoga kesehatan mu sentiasa baik. Sepupu ku yang dulunya nak dijodohkan ngan ku..hahahhahahahahhaha...tak kuasa nak layan...cuba korang tengok persamaan eiba ngan aril nie...psssstttt...skima kan??? Sekarang kami berdua masih banyak persamaan, anak pun sepasang, sebaya lak tu...tarikh lahir beza beberapa jam ajer...hehehehehhehehehe nama lak Shahril & Saebah...(maaf TB...)


Teman ku yang paling baik juga datang beraya, iaitu Mardiana sekeluarga dan Irzan sekeluarga, mereka datang kat kg Mak eiba kat Benut. Kehadiran kawan2, sepupu sepapat menjadikan raya memang benar2 meriah.



Adik bongsu ku yang rajin membantu mak masa raya, maklum lah yang perempuan semua balik kg mertua. Kesian mak & ayah bila eiba dapat tahu raya pertama marhaban melebihi 100 orang datang ke rumah. Biasanya eiba ader kat kg bantu mak...ahhh mak..maafkan anakmu ini. Sedih gak dalam hati bila mengenangkan mak kat dapur ngan ayah berdua. Ahhhh....tahun2 akan datang, eiba tak akan biarkan mak & ayah berdua lagi membuat persiapan raya. Maaaaaffff mak & ayah ku....

Balik kat PG, lum sempat wat apa2 lagi, baju pun tak kemas lagi sudah ader anak2 jiran datang beraya. Mujurlah sudah tersedia kuih2 ngan biskut2 kat meja tu, dihidang ngan air hundred pluss..hahahhahahahaaha (dah itu jer yg ader..) Malam lak, ader lak jiran jemput untuk open house. Sampai lah hari nie..setiap malam eiba lum masak lagi. Dapur tu untuk masak air jer..schdl untuk open house masih berjalan hingga malam selasa depan. Silap2 eiba tak wat open house utk tahun nie..rasa cam malas sikit daaa...

Untuk teman2 blogger, atau sapa saja yang kenal eiba, datanglah beraya kat rumah eiba kalau sudi. (Sepatutnya raya x payah jemput kan...mai ajer lahhh..) kat alamat N0 3, Jalan Mawar 39, Taman Mawar, Pasir Gudang, 81700 Johor Bahru, Johor. No. Tel. eiba : 012-7346094, kalau nak YM eiba pun blh add eiba guna id : lovely2853..

Eiba sayang semua!!!

Aidilfitri dalam ingatan 2008

Kenangan Makan2 Ramadhan 2008