Wednesday, October 8, 2008

Indahnya Aidilfitri


Nak mulakan tak tahu bagaimana, kerana eiba bukan lah pandai sangat menulis. Macam Kak Sepi, Kutaksempurna ngan kamar hati, tapi eiba nak cerita serba sedikit pengalaman raya eiba. Terlalu gembira dan resah.

Keputusan untuk beraya dikg suamiku pada lebaran kali ini buat pertama kalinya setelah 7 tahun perkahwinan kami. Pada awalnya TB tak dapat cuti. Jadik eiba amil keputusan, raya pertama di kota tinggi johor dan raya selebihnya eiba akan balik Benut. Alhamdulillah semua family adik beradik berkumpul kat Kota memeriahkan lagi Aidilfitri tahun ini, kecuali adik TB yang baru kahwin iki beraya kat rumah mertuanya dulu.

Mak mertuaku berhasrat nak buat ketupat, dan agak2 terlupa pulak dia. Yang eiba nie pun antara ingat ngan tidak cuba buat gak...dan hasilnya memang bagus..ingatan ku masih kuat lagi...yeeeehaaaaa....Tapi 1000x sayang pics ngan video yg ku rakam entah kemana. So tak dapatlah nak tunjuk kepakaran ku pada u all hehehehhehehehe....

Pada Hari raya yang penuh syahdu ini, eiba bertemu dengan saudara2 belah mak & ayah yang lama tak ditemui. Pelbagai citer sambil saling bermaafan. Kulihat nenek ku sudah begitu uzur. Ahhhh..nenek...semoga kesehatan mu sentiasa baik. Sepupu ku yang dulunya nak dijodohkan ngan ku..hahahhahahahahhaha...tak kuasa nak layan...cuba korang tengok persamaan eiba ngan aril nie...psssstttt...skima kan??? Sekarang kami berdua masih banyak persamaan, anak pun sepasang, sebaya lak tu...tarikh lahir beza beberapa jam ajer...hehehehehhehehehe nama lak Shahril & Saebah...(maaf TB...)


Teman ku yang paling baik juga datang beraya, iaitu Mardiana sekeluarga dan Irzan sekeluarga, mereka datang kat kg Mak eiba kat Benut. Kehadiran kawan2, sepupu sepapat menjadikan raya memang benar2 meriah.



Adik bongsu ku yang rajin membantu mak masa raya, maklum lah yang perempuan semua balik kg mertua. Kesian mak & ayah bila eiba dapat tahu raya pertama marhaban melebihi 100 orang datang ke rumah. Biasanya eiba ader kat kg bantu mak...ahhh mak..maafkan anakmu ini. Sedih gak dalam hati bila mengenangkan mak kat dapur ngan ayah berdua. Ahhhh....tahun2 akan datang, eiba tak akan biarkan mak & ayah berdua lagi membuat persiapan raya. Maaaaaffff mak & ayah ku....

Balik kat PG, lum sempat wat apa2 lagi, baju pun tak kemas lagi sudah ader anak2 jiran datang beraya. Mujurlah sudah tersedia kuih2 ngan biskut2 kat meja tu, dihidang ngan air hundred pluss..hahahhahahahaaha (dah itu jer yg ader..) Malam lak, ader lak jiran jemput untuk open house. Sampai lah hari nie..setiap malam eiba lum masak lagi. Dapur tu untuk masak air jer..schdl untuk open house masih berjalan hingga malam selasa depan. Silap2 eiba tak wat open house utk tahun nie..rasa cam malas sikit daaa...

Untuk teman2 blogger, atau sapa saja yang kenal eiba, datanglah beraya kat rumah eiba kalau sudi. (Sepatutnya raya x payah jemput kan...mai ajer lahhh..) kat alamat N0 3, Jalan Mawar 39, Taman Mawar, Pasir Gudang, 81700 Johor Bahru, Johor. No. Tel. eiba : 012-7346094, kalau nak YM eiba pun blh add eiba guna id : lovely2853..

Eiba sayang semua!!!

5 comments:

KTS said...

nak pergi beraya, jauh sgt...
klu tak mesti dah sampai... :D

Akak said...

Salam Eiba...

Seronokkan dapat berkumpul bersama keluarga...

MARIA said...

Eiba..tokma pun minta ampun dan maaf yer kalau adakala tu terlupa lak kat eiba. Betul...eiba tetap dihati tokma.
(psstt...eiba..adikbongsu eiba tu hensem lah)

Eiba said...

Ammmoiii..tok ma, jgn lah puji lebey..lebey...nanti muka dia makin kembang semangkuk lak...hehehheehehhe

Whitetulip Tales said...

huih..meriahnya raya eiba. baguslah. jan tak pegi, mesti pegi raya, mengeratkan silaturrahim. Tapi sedey aku tak dapat p umah eiba larrr.......aku tak pandai nak berenang Laut China Selatan ah...