Saturday, February 28, 2009

"Dia" semakin jauh dalam dilema..

Telefon berbunyi...(aaargghhh malas nak angkat...)
Berbunyi lagi...dan lagi... (kawan2 ku sudah mula menjeling manja...persoalan melalui raut wajah..kenapa eiba tak pick up phone tu..)

Kawan A : Kak, kenapa x angkat phone, gaduh ngan bf akak ker??
Eiba : Alaaaa..diam jer laa...
Kawan A : Kak, x baik buat cam nie...

Telefon berbunyi lagi...
Dan Kawan A yang tolong angkat kan....isskkk..issskk..issskk...



Rupanya "dia" yang telefon..Addduuhhh...x habis2 lagi masalah dia..dan eiba yang rasa terpikul dengan masalah sahabat eiba ini. Katanya dia dalam dilema...Antara sayang dan kemanusiaan. Bila eiba suruh dia "lepaskan" dia tak mahu. Katanya dia sayang. Ya Allah..eiba betul2 x faham apa yang dia mahu sebenarnya...

Susahnya nak faham hati wanita kan?? Semakin sukar, semakin tinggi keinginan nya.. Kenapa sukar untuk puaskan hati sendiri??? Eiba pun tak faham....Cuma untuk "Dia" Sahabat eiba tu..eiba harap sangat dia belajar lupakan apa yang terjadi padanya..berilah sepenuh komitmen pada anak2nya yang perlukan perhatiannya ketika ini..Bukan sebuk mengharap lelaki yang masih x tahu membuat keputusan...

Secara peribadi...eiba kecewa sangat dengan kekerasan hati mu sahabat..tetapi secara naluri nya..Eiba tahu perasaan kita pada seseorang datang secara tiba2..bukan dipaksa2 kan...???

Friday, February 27, 2009

Nak pujuk lah tuuu....

Mood nak memasak memang dah hilang sejak hujan turun membasahi bumi...
Yerla...cam kata Hysman Hujan turun lepas habisnya Festival
Layang-layang...Rezeki kan...

TB pun x larat nak cakap lagi..So hari2 lah kami makan kat luar..
(Maaf yaaa..my TB..betul2 stress lately)

Dan eiba, sampai majuks2 x tau nak makan kat maner...
Last2 TB bawa lah kat tempat nie...
So makan lah apa yang ader....





Sempat gaks adik majuks ngan ibu malam tadi...issskk..issskk...
(Dia x tau yg hati ibu tgh sedeyyy..)





Harap2 eiba dapat menghadapi apa jua kekusutan minda ketika
ini dengan makan apa saja yang ada...hahahahahahahaha..
(jgn gemuk suda laaa....)

Monday, February 23, 2009

Pesta Layang-layang Antarabangsa

Pesta layang2 Kat Pasir Gudang diadakan setiap tahun.
Dan setiap tahun itulah eiba ngan family akan menyaksikan nya...
Saja memeriahkan acara, dan menyesakkan lagi jalan yang sedia sesak..
hehehehehehehehehehe...
(suka sesak2 kerrr????)



Sebelum kuar, TB ajak posing dulu...
(Akmal yg sebuk nak amik pics nie..eiba control cun jerr..)
Pssstttt...macho gak TB nie yerk???



Eiba kecewa sangat...pasal x dapat tgk replika layang2 yg besar2 tu naik..
Dah jam 11 lebih pun x blh naik2 gaks..
Angin??? Haduuhhh...langsung x der..Tapi panas nya...
Nauzubillah...Dan Alhamdulillah..petangnya dalam kul 1 hujan membasahi
bumi Pasir Gudang...



So ajak jer lah anak2 ku yang berdua tu masuk playground...
Macam2 replika ader...termasuk spiderman...



Yang tergolek2 tu pakai baju biru belang tuu...
memang tak lain lah...anak ku lah tuuu..hehehehehehe..



Adik..memang suka ngan patung2 replika cam nie...
Pantang jumpa..mesti nak amiks pics..
(cute ker????)



Pelbagai layang2 yang dijual..dari serendah RM 3 sekeping...




Saturday, February 21, 2009

Award - 4 in 1 dari Kak Ina

Award nie amiks dari Rumah Kak Ina. Tima Kaceh kak...






Dengan rasa bangga dan berbesar hati, eiba nak tujukan award nie kat semua
kawan2 yang singgah kat rumah eiba nie..tak kira yang ader dalam list
atau pun yang x der..kita sesama kita adalah bersahabat..

Friday, February 20, 2009

Jawapan dari Pertanyaan



Jawapan yang Eiba nak bagi nie berunsur peribadi, sekadar menjawap pertayaan dari kamezaim. Tak ada kaitan ngan hidup atau yang dah mati..harap tidak akan disalah erti oleh mana2 pihak.

Soalan 1 : Dari sudut mata seorang wanita, lelaki bagaimanakah yang diharapkan?
Sebagai seorang wanita normal, eiba nak biarlah lelaki pilihan eiba menyayangi, mengasihi, menyintai, menghormati, mentaati bukan saja pada eiba, tapi pada agama dan juga keluarga.

Soalan 2 : Apakah yang sebenarnya di cari oleh seorang insan yang bernama wanita?
Mencari harga diri, nilai seorang wanita itu sukar ditafsirkan, berikan lah sebanyak mana galakan kepada perkara yang baik, teguran yang tidak menyakitkan pada setiap kesalahan.

" Wanita itu wujud dari tulang rusuk lelaki, ia dekat dihati untuk di cintai bukan untuk di sakiti"

Soalan 3 : Antara airmata seorang wanita dan lelaki, yang manakah lebih bernilai?
Sejujurnya..airmata lelaki, kalau lelaki mudah menanggis...dia bukan lelaki pilihan wanita, tetapi jika lelaki menanggis, hatinya memang benar2 terluka..

Soalan 4 : Hadiah apakah yang sesuai diberikan kepada seorang bernama wanita?
Kawan ker kekasih??? Kalau kawan biasa laaakan..tapi kalau kekasih hadiah yang terbaik, "jam tangan" dengan harapan dia tak der lah lewat datang kalau ader date kan..kan???

Soalan 5 : Kita mencuba segala yang boleh, mencurah segala apa yang dirasa namun dia tetap tidak menghargai / memahami apa yang kita lakukan hanyalah untuk bersamanya. Apa harus dilakukan?
Tinggalkan saja..jangan buang masa dengan orang yang tak akan pernah menghargai kita..percayalah di luar sana banyak yang akan menyayangi kita..bukakan mata, hati dan minda..lihatlah dunia yang indah..

Soalan 6 : Kita menyayangi dan mencintai seseorang itu, namun dalam masa yang sama kita tahu bahawa hati insan yang kita cintai itu telah pun berpunya. Namun kita tidak dapat melupakan dia. Apa yang harus dilakukan?
Bersabar dan berdoalah..cinta itu abstract, subjective, milik dan kurniaan ILAHI yang paling bernilai, sesungguhnya ia adalah perasaan yang paling indah, biarpun pahit untuk di telan, berserahlah agar masa mengubati segalanya....

Soalan 7 : Adakah kita harus berkorban segalanya hanyalah kerana untuk insan yang kita cintai?
Tak perlu!!! Dalam cinta mesti ada beri & terima!! Jangan sakiti diri demi cinta sebelah mata..

Soalan 8 : Andai hati seorang wanita itu sedang terluka, lelaki seperti manakah yang diharapkan untuk berada di sisinya ketika itu?
Lelaki yang mampu mendengar setiap keluhan nya, lelaki yang boleh belanja dia aiskrim, makan cheese cake, lelaki yang dapat pinjamkan bahunya untuk dia terus menaggis...(itu aku laaa)

Soalan 9 : Andai seorang wanita itu menyatakan kepada kita bahawa dia sudah tertarik pada kita namun dalam masa yang sama dia menyatakan bahawa dia masih menyayangi kekasih lamanya, haruskan kita menanti pada nya?
Tertarik??? Biasa lah kan...setakat tertarik tak beerti dia cinta kan kita...hanya tertarik pada pandangan pertama kan x kenal maka tak cinta....

Soalan 10 : Kita tahu bahawa hatinya sudah dilukai oleh insan yang dia sayangi dan kita cuba menghampiri hidupnya untuk merawat luka di hatinya. Dengan niat setulus ikhlas untuk membawa dia jauh dari kekecewaan menuju kebahagiaan. Namun, setelah kasih kita curahkan kepadanya akhirnya dia menyatakan bahawa antara dia dan teman lelakinya sudah berbaik semula. Apakah yang harus kita lakukan?
Biarkan lah dia dengan teman lelakinya, tak guna dikesalkan apa yang terjadi. Cinta tak boleh dipaksa. Bersabar dan bertawakal lah...

Kesimpulan nya..jangan mengharap balasan atas setiap kebaikan yang kita lakukan. Lakukan dengan ikhlas. Hati wanita sukar diramal..kan dunia ini blh bergegar di tgn wanita...jgn lupa yehh.Perasaan kasih dan sayang milik Tuhan, kita berhak untuk menyayangi sesiapa, tetapi tak semua orang akan menerima kasih sayang kita.

Untuk Kamezaim, di harap bersabar lah yaaaa...Semoga ada sinar menanti di hadapan...i pray for u yaaa...

Tag - Tentang Eiba

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 5 people."

( Walau pun haku malas nak meng'google'kan diri, namun ku kuatkan jugak hati ku untuk buat..)

1. Next year i'm (2009)



2. I really want to go



Eiba mmg nak sangat ke Terengganu. Dah lama mengidam nak ke sana, tapi tak kesampaian.

3. My faverete place

4. My Feverete things.




5. My feveret drinks





6. My Faverete food









7. My faverete color.






8. I live in



9. I was born in...



10. A nick name i had...



11. My College Major



12. My Bad Habbit...


(Shoppinggg??? X suka!!! Kalau soping mmg x hengat dunia...)


( Suka pendam perasaan..marah..sedey..geram & etc..makan sndri..)

13. My Hobbies...






14. I wish...







(A very happy family...)

And..people to been tagged is.....jreng...jreng...jreng...
1. MarLadyD
2. Idalara
3. Ibu June
4. Kak Izan
5. Hazila

Kat name2 tu..cuba lah buat...tak sempat pun x per...just for fun k..tak kena denda pun...
hik..hik..hikk...