Tuesday, December 20, 2011

ANNUAL DINNER 2011 (MY LAST)

26.11.2011 - Bantex Annual Dinner di Hotel Selesa Pasir Gudang. Sebagai AJK majlis, kali ini banyak persediaan yang nak di buat. Memang seronok bercampur terharu. Kerana ini adalah yang terakhir aku berada di Syarikat ini. Sebenarnya baru nak mesra alam.. tapi rasa nya ada yang lebih baik akan menanti aku di masa hadapan. Jadi aku redha.. Ermmpp.. Banyak pics sebenarnya, tapi x tahu lar naper x jumpa dlm PC nie.. gamaknya da byk sgt pics, bersepah2 tu yg x jumpa.. Apa pun..layannnn...



Aku bersama dengan HR Manager



Ahli Jawatan Kuasa Majlis di kaunter Door Gift



Bersama Managing Director Mr. Franck sewaktu perasmian bermulanya majlis



Mengacarakan majlis errr...spt tahun lalu gaks.



AJK bersama MD & Head Department



Saja..nak tayang baju..ingat dapat "Best Dress Award" huhuhuhu...



Sales & Marketing Team


Thursday, December 8, 2011

MALAM KONSERT 2012

Meriah nya Malam konsert yang diadakan di TS Hotel, Scientex. Yang jadi meriah pasal anak Eiba lerr...ingat nak upload video.. tapi ntah naper da byk kali try.. x leh masuk gak.. arrgghh layan jer lah pics nie... Btw tahniah untuk anaknda ku yang tersayang kerana berjaya menarik perhatian semua penonton yang hadir..



Tahniah sayang!! Semoga terus kekal berjaya dengan cemerlang, menjadi orang yang berguna.. Ibu sayang kamu!!

Wednesday, November 9, 2011

Aku & Kesihatan

Tetiba sebelum menjelang raya Haji.. aku terpaksa berulang alik ke toilet.. menyangka itu dalah simptom biasa, aku buat dek saja.. namun bila berlaku sedikit perdarahan semasa membuang air kecil, apa lagi.. pucat lesi aku.. terasa terlalu sakit pinggang.. ala2 nak bersalin.. sehingga malam yang sepatutnya aku sampai kerumah mak di kampung terpaksa di batalkan gara2 aku x dapat bergerak.. Tiap kali bergerak.. rasa terlalu bisa di bahagian perut & pinggang.. Anak2 ku yang da ready untuk balik memicit2 perut ku. Ternampak jelas kekecewaan di mata Akmal.. maklum sepupu yang lain sedang siap berkumpul menunggu dia..Makin ku tahan makin sakit pulak jadi nya.. dah lar aku nie memang x suka pergi klinik.. arrrggghhh...


Di sini aku nak share apa yang aku dapat & apa yang telah di beritahu oleh doktor berkenaan apa yang kualami.. ini kali pertama..Daripada apa yang di terangkan.. memang aku akui, gaya hidup aku menjadi punca keadaan ini.. errrmmpp.. memang kene berubah!


KENCING KOTOR (UTI)


Jangkitan kuman pada saluran air kencing selalu berlaku kepada wanita yang kurang minum air dan sering menahan perasaan untuk kencing.


Pesakit yang baru menjalani pembedahan yang dimasukkan saluran getah ke dalam saluran kencingnya turut mudah mendapat jangkitan.Keadaan kencing berdarah spt pesakit batu karang buah pinggang juga mudah mendapat jangkitan pada saluran dan pundi kencing.


Tandanya ialah kencing yang tak lawas, kencing pedih dan panas, kencing berdarah, sakit di ari-ari dan perasaan loya.Jika ia menjadi semakin serius, maka sakit akan mula naik ke bahagian pinggang dan demam pada sekitar suhu 38.5° Celcius. Keadaan ini di panggil ascending pyelonephritis dan memerlukan rawatan antibiotik secara parenteral (intravenous) dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius.Bagi yang baru mendapat simtom kencing kotor, dinasihatkan berjumpa doktor untuk memeriksa kencing dan mendapatkan rawatan(antibiotik). Minum air secukupnya iaitu 8 gelas sehari dan jangan tahan kencing.


Gamat boleh membantu melegakan masalah kencing kotor pada peringkat awalnya. Lebih berkesan jika di gabungkan dengan rawatan antibiotik. Ia melawan radang dan membaik pulih saluran kencing yang cedera. Ia juga mempunyai kesan antinosiseptif yang mengurangkan kesakitan. Bioseed pula membantu mengeluarkan toksin dan membantu penyembuhan.



Aku yang selama ini x begitu peduli dgn pengambilan air yang masak yang secukupnya telah terima padah.. Dan sampai sekarang aku masih makan ubat yang di berikan oleh Doktor. Mengharap semuanya akan baik, aku berjanji akan menjaga kesehatan ku dengan lebih baik. Itu adalah harta yang tak ternilai untuk kehidupan seorang manusia.


Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala


1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
6. Demam dan seram sejuk.


Komplikasi


Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang


1. Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.


2. Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

3. Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.

4. Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Pengurusan sendiri


1. Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.


2. Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.

3. Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.

4. Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.


5. Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).


6. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.


Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

1. Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).


2. Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.

3. Memberi antibiotik tertentu.


4. Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.

Pencegahan


1. Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.


2. Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.

3. Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

4. Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

5. Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

6. Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

7. Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.

8. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

9. Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

10. Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.


So kepada semua wanita.. mudahan kita sama2 menjaga kesehatan diri.. bukan sja perlu cantik.. tapi perlu sehat..!!


Tuesday, November 8, 2011

Antara Mereka Ade Yg TerlukA


Bila kita di beri pilihan.. yang pertama, kedua & ketiga.. kesemuanya adalah yang terbaik untuk kita.. nak di lepaskan kesemuanya teramat di sayangi & telah memberi kesan yang terlalu dalam dalam hidup kalian.. apa yang kalian nak buat? Aku jugak tgh berada dalam situasi yang amat mengelirukan.. x der penyakit nak cari penyakit.. Sekarang tgh bertungkus lumus untuk membuat pilihan.. yang pasti samada keputusan aku A or B or C.. pasti ader yang kecewa..!!


Dan aku?? Kene ikut gerak hati aku.. mana yang perlu di lepas kan.. x mahu apa yang aku gengam hilang... juga apa yang ku kejar bertempiaran & apa yang aku bayangkan terlupus dari pandangan.. Addduuuhhh... sungguh dalam dilema..




Thursday, October 27, 2011

Mulai "BOSANKK" minta di PUJUK



1. CemburuYa, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkanSi Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia. Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.

Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenarAdalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusanMemang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata "manis"Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))

4. Nyanyikan lagu buatnya..Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi kawan saya pernah nyanyikan lagu untuk saya... hehehehe.. siap rakam gitu.. then email suara manje nyer kat saya.. woW!! memang menguja kan.. & buah rajuk saya x pernah panjang.. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

So apa lagi geng..x yah lar nak panjang kan muncung rajuk tu.. wat sakit hati sendiri jer.. apa yg penting kita hiburkan hati kita.. Kalau da asik bagi teman kita majuks.. & majuks.. & majuks.. jgn x caya... lama kelamaan teman tu akan mulai BOSAN & akan tinggal kan kamu dgn cara yg paling bergaya sekaliii...hikhikhik.. masa tu baru kita akan rasa.. apa yg si dia rasa!

Thursday, October 20, 2011

DenGar kan Lah "MataHARI ku"


Tertutup sudah pintu,pintu hati ku,yang pernah dibuka
waktu,hanya untuk mu.Kini kau pergi,dari hidup ku,ku harus relakan mu,walau aku
tak mau.Berjuta warna pelangi,didalam hati.Sejenak luluh bergeming,menjauh
pergi.Tak ada lagi,cahaya suci,semua nada beranjak,aku terdiam
sepi. Dengarlah matahari ku,suara tangisan ku,ku bersedih,kar’na panah
cinta menusuk jantung ku.Ucapkan matahari ku,puisi tentang hidup ku,tentang
ku,yang tak mampu,menaklukkan waktu.


NOta DePAN PinTU

Minggu ni merupakan minggu peperiksaan anak2 ku.. errrmmmppp.. Abang sebuk mghafal.. maklum sekolah agama, kadang2 menyirap gak darah bila bacaan nya masih belum begitu lancar.. Walau aku da lama tinggalkan bhsa jawi.. tapi masih leh menang lg ngan Akmal.. hikhikhik.. kembang semangkuk kejap..


Sebelum balik dr tempat kerja, macam biasa..aku akan kol anak2 ku kat rumah.. kot ader apa2 yg depa nak kirim, so dlm perjalanan tu leh lah aku singgah sekejap kat mana2 kedai.. alamak.. dah beberapa kol, masih x pick up gak.. nie yg berderau darah.. adoiii... mana depa nie.. Terus aku mengesa Encik TB amik aku.. Suh gak dia try kol HP abg & adik.. 2-2 x pick up phone.. Nie yg bimbang sangat..!!


Sesampai kat rumahhhhh... Ehhh.. dari jauh dah terlihat kertas kat pintu masuk rumah.. Alahaiii.. apa kes pulak niee...????



Dan yang tertulis di Nota tersebut..


Hehehehehhe... errrmmppp... sib baik, pi dgn kawan2 beramai2.. x hengat peksa lar tu.. alahai.. anak2 ibu.. so suwiiittt...


Depa balik rumah around 7.00 malam, masa tu aku tgh tgk TV layan citer NadA Cinta.. soalan yang terkeluar dr mulut Afiqah;

Afiqah : Ibu cantik x adik tulis kat depan pintu, abg yg suruh..
Ibu : (Diam, masih fokus kat TV)
Afiqah : Ibu marah yer, homwrk adik da siap taw.. (sambil mengesel2 & berbunyik alar2 kucing nak mengawan..)
Ibu : Adik leh terus mandi x?

Case closed bila adik terus nak mandi, takut kene bebel lar tuu... yg Akmal, masuk rumah jer terus mandi.. hahahahaha...thu pulak takut.. aaaaahhh.. anak2 ku..

Monday, October 10, 2011

Hanya Yang Ada

Tidak kan terpisah Hati & Jiwa


Raga tersentuh di hujung nyawa


Saat Jiwa tak lagi diharga,


Kosong tiada bernyawa






Andai kasih itu Cinta


Tak akan ada kata mutiara


Mengambar makna dalam jiwa


Terluka dalam seribu kata


Hingga terlupa saat ketawa & gembira...






Yang akan ada hanyalah


Kenangan terindah


Menyingkap tirai kenangan lalu


Antara kau & Aku






Mengalah ku bukan beerti ku kalah..


Tapi aku ingin mengorak langkah


Ke hadapan dan x akan berpaling lagi..


Pada sebuah kenangan menghayat hati






Biar kau marah..


Biar kau gundah..


Biar masa menentu segalanya...


Monday, September 12, 2011

Waterfall Kota Tinggi, Johor

Bersantai bersama keluarga dalam musim raya adalah sesuatu yang sangat2 menguja kan & menenangkan.. mengikut kehendak anak2 yang lama x ke waterfall..uiikss.. sejuk sangat di sana.. Teringat zaman2 sekolah dulu... errr... dating di sini.. sampai kat atas.. konon nyer.. hehehehe.. alamak.. kat atas tu ader "katak" besar yang sampai sekarang masih dalam ingatan bila mata manje nyer merenung kami.. Dah tentu mama masih ingat kejadian itu kan??


Antara pics yang sempat dia ambil..pas dah berendam kat air.. confirmed x amik pics punyerr.. so layanzzz.. keindahan kehijauan alam yang sampai sekarang masih lum tercemar.. errrmmpp.. nanti pegi lagi nieee....









Hampir kecut semuanya baru teringat nak balik ... itu pun gara2 perut lapar.. kalau x.. jgn harap...


Jommmm... kita jalan lagiiii.....



Tuesday, September 6, 2011

Meriahnya Raya - 2011

Kemeriahan raya tetap terasa walau DYES x de dekat dengan aku..apatak nya.. tahun ini di hiasi dengan anak2 kecil ku yang comel2 belaka.. arrgghhh... x sempat sangat amiks pics depa.. Dengan Baby Qaleysha, Baby Adry, Baby Ilhan, Baby Ilman, Baby Iman juga Yaya yang selamba derk.. Seronok melihat telatah mereka.. senyum.. ketawa.. errr.. menanggis pun ader.. Yang paling penting.. duit raya untuk depa memangggg dah standby.


Antara gambar kenangan raya yang dapat di upload kat sini.. Ehhh.. cemana gamaknya DYES beraya tahun nie kan? Tahun lepas dah terang2 meriah.. errrmppp.. mudahan kamu juga bergembira yer.. SAHABAT ku...


Selamat melayan pics ini..jalan citer..sila lah buat sendiri.. heheheheh... SELAMAT HARI RAYA SEMUA.. MAAF ZAHIR BATIN ANDAI SEPANJANG PENGLIBATAN DLM BLOG INI, ADER YG TERGURIS PERASAAN.. MAKLUM..LIDAH TIDAK BERTULANG, JEMARI TIDAK BERAKAL.. TERLEPAS KATA DAN TERKASAR BAHASA..HARAP DI AMPUNI..







Alamak...alamakkk... maner pics mak & ayahhhh niee.. hadoiii yaiii... issssskkk...

Monday, September 5, 2011

JUMAAT 27 RAMADHAN 12.OO tghari

Sangat menguja kan bila ayahnda tercinta bercerita, menemui seekor udang errr.. rasa macam anak lobster, x pun udang galah... yang ayahnda temui di depan kawasan rumah yang berbatu & berpasir. Agak pelik.. mungkin rezeki di bulan Ramadhan.. Ntah lar.. maybe malam tu malam Lailatulqadar.. siapa yang tahu.. hanya Allah yang Maha mengetahui.. Dan ayahnda da decide utk membela udang tersebut.. Errmmppp... layanzz...




Monday, August 22, 2011

Hujung Minggu

Saat yang paling best ialah bila balik kampung bertemu mak & ayah serta berkumpul bersama family yang lain..Errr.. tapi minggu nie.. Eiba balik txpa adik beradik yang lain.. Depa memasing sebuk nak melakukan persiapan raya.. Lagi2 sekrg nie.. tup tap..tup tap.. tinggal 8 hari saja hari raya..


Bertambah meriah.. sekarang musim buah2an.. last month buah durian.. sekarang musim pulasan & rambutan pulak. Syukur Alhamdulillah.. x sia2 ayah menanam.. yang menyedapkan anak cucu untuk menikmati nya.. Apa lagi.. layan lar pics ini... Selamat mencuci mata yaaa...



Terima kasih buat ayah & mak.. Hasil jerih, penat lelah mak & ayah bagi menanam buah2an yang pasti nya laris di pasaran... Errr.. wat "org tu" iyerrr kamu lar.. jangan muntah pulak makan pulasan nie setiap hari yer.. hihihihi....