Thursday, December 25, 2008

Just For Fun



Glemernya si abang kannn..kucing pun tengok dia

Wednesday, December 24, 2008

Cerita Ahad - 21.12.2008

Salah satu perkara yang Eiba paling suka buat, termasuk lah aktiviti family adalah melihat show esp kete laaa...tak tahu kenapa tapi paling tak suka pi soping..hehehehehehhehe..untung TB kan?? Kalau pi soping kaki cepat lenguh..tapi kalau pi tengok show..huh!! satu hari jalan pun tak rasa apa.

So, pada Ahad yang lalu, eiba sekeluarga pi lah Auto Show..pelbagai jenis kete2 mewah...YA Allah best sangat!!! Apatah lagi bila dapat test drive. HONDA JAZZ yang baru...fuiyyoooo...memang mengancam gillerrr... Agent tu kata..eiba memang sesuai sangat bawak..keh..keh..keh...tapi poket lak tak sesuai...rega dia???? Huiiiii....Lu fikir lah sendirik..... So u all layan lah pics kat sini yaa...



Korang agak kan..kalau kete wat cam nie, gerenti kena pecah kan?? lagik2 kalau parking kat tepi2 jalan kan??? Tapi menarik sangat...kalau dapat wat cam nie gamaknya modal ader sampai 20k tak??? Hehehehehehhe...membazir kan..wat u all think??







Antara kereta yang menarik minat ku, selain dari HONDA JAZZ laaa....huhuhuhuhuhu...



Antara kete sport idaman kalbu..selamba ajer angka adik dok dalam kete tu..hahahahahaha.. siap ader yang jeling2 manja jer masa we all pose kat kete tu..kih..kih..kih..tak kira..!! Nak gaks!!



Ehemp...Jgn tak caya, eiba sempat salam ngan Tengku Mahkota Johor. Org kata kalau serasi luck dia akan lekat kat kita..agak2 kalau peluk dia apa yang kita dapat ekk??? Hehehehehehehe..
(Gurauan ini terpaksa di tapis untuk elakkan dari sebarang salah faham..harap maklum...)



Kete2 drift nie, bukan untuk tatapan saja tawww... Ape pun..korang fikir lah yerrr...



Sekian lah entri kali ini. Tapi memang eiba sekeluarga enjoy sangat. Kenangan paling manes sekali bila dapat test drive HONDA JAZZ new edition tuuu....kang kalau u all taww..ader tempat2 yang boley test drive kete2 yg agak mewah nie..habaq mai kat eiba yerr...i like to test!!

Monday, December 22, 2008

Kawan baik


Katanya Dia ingin menjadikan aku kawan nya, katanya dia suka untuk jadi kawan ku, Tak pernah bertemu, apatah lagi mengenalinya. Hanya sedikit cerita mengenainya menerjah cuping telinga ku. Bagaimana rupanya, peribadinya tak pernah menjadi soal dalam hidup ku. Namun sesekali berbicara lewat udara di alam maya.. Tak berani untuk ku menilai dirinya, sedang dia tak kukenali. Menjadi kawan ku?? Suda tentu..siapa saja boleh jadi kawan ku selagi ada keikhlasannya. Bantal Mickey Mouse pemberiannya..katanya tanda persahabatan, aku terima dan berharap persahabatan yang baru bermula itu tidak disalah ertikan oleh sesiapa. Terima Kasih sahabat baru ku..



KaWaN BaiK
Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu

kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

K awan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk

membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya

untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat
diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah

seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak men
ghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara
yang baik kepada kawan baiknya
.

Kata2 ini, eiba tujukan istemewa buat "Teman" yang selalu di samping eiba saat suka dan duka, teman ketawa dan marah, melalui saat2 sendu bersama..untuk dia yang ku panggil "yayang" .



"Ya Allah....Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh HATI seseorang
yang HATInya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..."
"Ya Allah....Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada CINTA hakiki dan RINDU abadi hanya kepadaMu..."

Friday, December 19, 2008

E-Card Dari Tera yang Ayu

Tima Kasih Tera, pada E-card yang dikirimkan...Walau tak pernah bertemu muka, bersua bicara, bergurau bersama, namun terasa kemesraan yang dipamerkan, keikhlasan yang dihulurkan, kusambut dgn kegembiraan...Tera ..teng kiu so much!!!

Monday, December 15, 2008

Hari Raya Aidil Adha Part 2

Walau Aidil Adha telah berlalu, tapi kenangan kegembiraan adil adha tahun ini amat bermakna sekali bagi keluarga kami. Apatah lagi untuk Mak & Ayah yang ku sayangi, dengan menerima penganugerahan Peringkat Daerah Pontian - Ibu & Bapa Mithali 2008 dan peringkat Negeri Johor akan berlangsung pada 29 December 2008 bersamaan Awal Muharam (Maal Hijrah). Yang kedua, ayah dan mak juga akan menunaikan umrah pada bulan March 2009. Alhamdulillah. 3 kali menunaikan fardu haji dan kali ini mereka berdua bersama2 menunaikan umrah. Alhamdulilah, syukur pada nikmat yang Allah kurniakan pada kedua ibu bapa ku, semoga mereka sentiasa sehat, dan di perkukuhkan keimanan. InsyaAllah...



Pembahagian duit raya tidak dilupakan tradisi ini, dari atok kepada cucunya, dari ayah kepada anak nya..menantu...sila tengok saja yaaaa...hahahahhahahaha..jgn jeles....



Namanya raya kalau tak der ketupat tak der makna nya, kuranglah seri hari raya..



Makan pagi sebelum pergi menunaikan solat adiladha..sebenarnya pagi ini agak lambat sikit sebab hujan..sejuk tu nak bangun..kalau bukan raya...rasa semua masih terbongkang lagik..heheheheheheehe....



Juadah yang disiapkan oleh keluarga ku, semuanya ambil bahagian..tapi yang menantu jer lah..bahagian makan...hahahahahhaa tgk lah badan menantu2 mak ngan ayah tuuu...berselera kan???? Jangan mareee aaarr TB ku sayang....



Otak2 tuuu...sedap...azie yang buat....habih...baper kali bakar tah....cepat ajer habih nya....



Mandur merangkap pemerhati aka my lovely dad selaku ketua bagi kerja2 kat dapur, supaya perjalanan urusan dapat dijalankan dengan teratur..



Ketua chef itu lah dia..mak kesayangan eiba..kalau dia tak involve..tak jadik beb...



Ehemmmppp...yang nie, kalau raya tak der kek coklat boley sawan...hahahahahahahha...Sib baik sedap...Kenapa yerk..raya sinonim sungguh dengan yang ader kaitan coklat2 nih..?? Kenkdg confius gakkk..sebab i love coklat very much gaksss...kuii..kui..kui...



Kakak ku ini pregnant actually..tapi masih ligat wat keje2 dapur...hehehehehe..ayam masak merah yang sedap tu pun dia lah yang masak...eerrrmmmpppp sedap tawww...siap bawak balik PG lagik...(mak yang bagik yaaa..kita tak amik sendiri..)



Yang nie lak keje dia memang bahagian potong2 sayur..hehehehhehehe...sebab bab2 potong2 nie dia terrer sikit..pejam mata pun jadik...(kak nie jangan marah....!!)

Korang tentu tertanya2 mana lah pics eiba yerk...Macam biasa laaaa...bila dah eiba yang tukang hambik pics nie semua...maner ader org nak amik pics eiba....(huwaaa..huwaaa...huwaaa...huwaaa....)

Saturday, December 13, 2008

Hari Raya Aidil Adha - Part 1

AidilAdha tak dapat lari dari melakukan pengorbanan. Sedekah dan amal jariah. Semoga diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. Eiba pun tak tahu nak tulis apa, banyak sangat nak citer, so dah jadik tepu kat kepala otak eiba nie.. apa2 pun u all layan lah gambar2 kat bawah nie. Then u all boley lah wat citer sendirik. Sapa dapat karang citer yg paling best...eiba akan bagik hadiah..istemewa dari eiba. Pengadil nya eiba dan TB laaaa...hehehehehehe...so apa lagik...Sapa punya citer yang paling best, eiba akan post kat blog eiba laaa...hehehehehehe...so...adaa berani??? Cerita tersebut hendaklah berdasarkan pics di bawah yaaaa....












Wednesday, December 10, 2008

Tahniah Untuk Mak & Ayah tercinta



Tahniah !!! Untuk ayah & Emak yang mendapat penganugerahan peringkat Daerah Pontian sebagai Juara Ibu & Bapa Mithali. Terlalu bangga dengan pengorbanan kamu ayah dan ibu ku, Tanpa pengiktirafan ini pun, kamu berdua adalah yang terbaik dalam hidup ku, Kerana kau lah sumber ilham ku, tunjang jalan hidup ku, teman jatuh dan bangun ku, sentiasa abadi dalam jiwa ku, Kau lah segalanya untuk ku Mak & Ayah ku... Maaf kan eiba andai sepanjang mak & ayah menjaga dan membesar kan eiba, banyak perkara2 yang menyinggung hati mak & ayah. Eiba doakan mak dan ayah sentiasa dirahmati dan diberkati, di perkukuhkan keimanan sepanjang zaman, sepanjang usia...

I LOVE U TOO MUCH MAK & AYAH



Anugerah yang Mak & Ayah perolehi



Antara hadiah yang diperolehi selain wang tunai.



Ini lah anak2 mak & ayah, beserta menantu dan semestinya cucu2 yang paling comel



Eiba ngan mak yang paling ku sayangi..



Bersama ayah yang ku kasihi.

Wednesday, December 3, 2008

Bulan Tersenyum Subhanallah...

Kejadian bulan 'senyum' yang dikatakan berlaku pada 1.12.2008 (Malam) adalah 'luar biasa' Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai orang tersenyum atau 'bulan senyum' yang kelihatan bermula pada jam 8 malam. (Tak der rezeki nak tengok...) Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali.

* Nauzubillah, kuasa Allah, jika dia nak tunjukkan sesuatu...Subhanallah Maha Suci Allah....*




Pandangan dari USA



Pandangan dari SERBIA



Pandangan dari AUSTRALIA



Pandangan dari Malaysia



Pandangan dari Iran



Pandangan Dari Malaysia



Pandangan Dari AUSIE


Tuesday, December 2, 2008

Dunia belum berakhir (29.11.2008 - Sabtu)



Berulang kali ku pujuk hati, apa yang berlaku pada ku ada hikmahnya, namun kegagalan aku berbuat demikian menjadikan aku terlalu mudah menitiskan air mata. Sebenarnya aku cukup terperanjat dengan apa yang berlaku pada 29.11.2008 (Sabtu) sekitar jam 12.15 tghari aku keluar dari opis menuju kekereta. Sedang nak masuk kedalam kereta, secara tiba2 handbag ku di ragut dari belakang. Terkejut, terpaku, terkesima semua ayat2 tak mampu menyatakan apa yang kualami ketika itu, cuma aku hanya mampu memerhati dalam kelam, pandangan berpinar (Masa tu kebetulan aku juga mengalami sakit kepala yang amat)

Tak mampu menjerit, apatah lagi bertindak, yang ku tahu, aku hanya mampu memegang kereta dan berkata dalam hati ku "Handbag ku...." Segala yang ada dalamnya hilang sekelip mata. Wallet kesayangan ku..BONIA (7 tahun guna hadiah masa hantaran...huhuhuhuhuhu) HP kesayangan ku yang ku beli benar2 dari hasil kerja ku sempena hari lahir ku pada bulan 9 yang lalu..(Baru 2 bulan pakai..wa..wwwaaaaaaa....) ic, lesen,atm card, credit card, uo card, mesra card, smile card, bonus link, jj card...photo org yang kusayang, photo my mum and dad, photo anak2 ku, photo familyku..YA Allah..lum masuk bedak lagi, lipstick ngan barang misc. yang lain, duit of course, walau tak hibu2 hinggit, tapi cukup lah sementara nak tunggu gaji masuk...terkilan sangat...

Yang nyata aku bersyukur sangat sebab aku tak apa2 atau terjatuh semasa kejadian..Jika tidak tentu bertambah haru keadaan aku. Dan hari ini, aku akan teruskan kehidupan seperti biasa, seperti masa2 gembira yang lalu. Biar apa pun yang terjadi, dunia belum berakhir, Allah akan tetap menguji hambanya, untuk menambahkan keimanan di dada ...Aminnn...

***********************************

Dikesempatan yang pendek ini, eiba nak ucapkan million thanks to suami eiba of course yang banyak beri nasihat dan sokongan pada eiba..(Dia tak bagi eiba nanggis...Awakk..saya sayang awak!!!) Pada mak dan ayah, pada my sis, (Azie) Pada teman mesra eiba sidia yang jauh namun sentiasa dekat dihati, Pada boss eiba yang petang kejadian tu terus kol rumah, malam pun kol, pagi ahad pun kol..(hahahaahahahaha..Boss..u are so caring...thanks..) Pada teman2 sekerja yang membantu eiba buat laporan polis kat Balai Polis setia indah (Azwan) Terima kasih yang tak terhingga atas semua kata2 perangsang. Dan yang paling utama sekali buat kedua anak2 eiba, akmal dan afiqah yang tak henti2 memujuk eiba supaya jangan bersedih dan akmal berjanji untuk belikan eiba hp baru dan nak pukul sapa yang amik barang2 eiba tu...(kamu sudah besar anak2 ku...)

**************************

Buat semua, berhati2 lah pada setiap ketika, lalai sesaat penyamun tak pernah tersasar dan tak akan kenal erti putus asa...uuhhh..