Monday, December 22, 2008

Kawan baik


Katanya Dia ingin menjadikan aku kawan nya, katanya dia suka untuk jadi kawan ku, Tak pernah bertemu, apatah lagi mengenalinya. Hanya sedikit cerita mengenainya menerjah cuping telinga ku. Bagaimana rupanya, peribadinya tak pernah menjadi soal dalam hidup ku. Namun sesekali berbicara lewat udara di alam maya.. Tak berani untuk ku menilai dirinya, sedang dia tak kukenali. Menjadi kawan ku?? Suda tentu..siapa saja boleh jadi kawan ku selagi ada keikhlasannya. Bantal Mickey Mouse pemberiannya..katanya tanda persahabatan, aku terima dan berharap persahabatan yang baru bermula itu tidak disalah ertikan oleh sesiapa. Terima Kasih sahabat baru ku..



KaWaN BaiK
Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu

kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

K awan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk

membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya

untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat
diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah

seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada k awan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak men
ghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara
yang baik kepada kawan baiknya
.

Kata2 ini, eiba tujukan istemewa buat "Teman" yang selalu di samping eiba saat suka dan duka, teman ketawa dan marah, melalui saat2 sendu bersama..untuk dia yang ku panggil "yayang" .



"Ya Allah....Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh HATI seseorang
yang HATInya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..."
"Ya Allah....Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada CINTA hakiki dan RINDU abadi hanya kepadaMu..."

2 comments:

Ibnurashidi said...

Kawan yang baik itu sentiasa mengingatkan dan menasihati sesama kawan..tiada kawan baik tanpa nasihat berguna..jalan lurus itu kadangkala ada isyarat ke kiri kanan..silap pusing sesat jalan..kawan baik itulah membimbing supaya sentiasa terang jalannya..

Sudah besar ya anak-anaknya?

KTS said...

untungnya... ada yg sudi mengenali..
tahniah... maknanya dirimu begitu berharga :D