Saturday, March 21, 2009

.....Bila Kawan Jadi Kekasih.....



"Jauh di sudut hati, terasa betapa indah memujanya."

Namun siapa yang dapat merasakan cuitan hati jika tidak terluah dek kata-kata?Yang menjadi masalah, mampukah ia terungkap jika orang yang diminati dan sering menjentik perasaan ukanlah orang lain sebaliknya sahabat baik sendiri?

Bertahun menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, rakan setia yang sanggup bersusah bersama dan bergembira di saat anda mahu meluah segala suka-duka, kini segalanya berubah.
Jantung bagai disentap apabila bertembung dengannya bahkan tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar dan jatuh cinta tanpa disedari apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yang dijalin.

Jika dulu, anda menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman paling setia mendengar masalah, kini lain pula situasinya.Sahabat yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa.

Persoalannya, adakah hubungan akan berjalan dengan lancar jika bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti anda? Adakah anda harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?

Apabila dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam perhubungan. Sekiranya khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan perasaan saling membenci, anda harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Pro
* Anda harus menyukai seluruh peribadinya. Perlu juga tahu perubahan hatinya, perkara yang membahagiakannya jika menjalin hubungan cinta dengan anda dan perkara yang perlu dihindari.

* Anda sanggup menempuh suka dan duka bersama tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dulu.

* Anda mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, anda seharusnya mempunyai nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua pihak.

Kontra

* Memandangkan anda berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, tiada lagi hal yang boleh membuatkan anda perlu bertanya. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.

* Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat, tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.

* Sikap seperti cemburu dan syak wasangka melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dulu hanya seorang teman biasa.

* Sebagai sahabat, hubungan anda berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Anda akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik.
Siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan anda?

Dari segi pro dan kontra yang disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa anda ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.Anda berasa sudah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya berubah.

Terdapat juga risiko yang harus anda hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan.
Jangan luahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.

Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya.Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Anda tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap anda sekiranya anda takut untuk cuba bertanya sendiri.

Apabila anda berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan.
Siapa tahu kan??? "Cinta tak akan hadir jika kita tidak mencari"

So...Selamat bercinta sepanjang usia selagi hayat ada, kerana cinta itu terlalu suci dan murni....

5 comments:

ku tak sempurna said...

aku tetap TEMAN TAPI MESRA..
ahakkkksss :D

Idalara said...

eiba..kak ida pernah mengalaminya...dia terlalu baik hngga kak ida terjatuh cinta pada dia..tp mujurlah kak ida cepat meyedari...so...kak ida cepat2 berusaha melupakan sebelum dia terperasan..tapi kami tetap kawan dan sahabat hingga kini..

hysMan.. said...

saye tak leh trim la kak kalu kawan jadi kekasih..
janggal..
coz kalu time kawan kita free utk bercerita dgn die tapi bila kawan tu jadik kekasih,jadi lain laa..
tak sama feel tu..
beter 2 tu jadik 2 perkara yg berbeza..
kawan jadi kawan..
dan kekasih jadi kekasih..
hehee..
pada saya laa..
hehee..

p/s: kak tagged akak telah pun kawe tunaikan..hehee.. ponat deh..
:p

Eiba said...

KTS - Hati2 ngan teman tapi mesra karang banyak hati yang terluka...

Kak Ida...apa yang penting kita tahu diri yaa...

Hysman - tepuk dada tanya hati..apa yang penting kita gembira...

hysMan.. said...

kita gembira tapi org lain terluka dan terseksa..
sape yg harus dipersalahkan dlm hal ni??
hati???
hati itu pemberian tuhan dan da tertulis kat 'sana'...
jadi jika silap kita yg menangung..
hmm..
:(