Tuesday, November 11, 2008

Jika Bicara Soal Cinta

Andainya Cinta Itu Buta, Butakah Mata ku, berkali terluka masih jua ku merindu...Apa yang kurasakan bukan mainan....Cinta tak pernah buta..tapi manusia yang di landa cinta itu kah yang buta??? Ayuuuhhh..kita renungkan bersama..


Kerana cinta duri menjadi mawar
Kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman
Kerana cinta api yang berkobar-kobar
jadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang keras
menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta sakit jadi sihat
Kerana cinta amarah berubah
menjadi keramah-ramahan


Cinta……
Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…

” Saya sayang awak! “


Hidup adalah warna warni
Jika datang cinta selalu
Menuntut pengorbanan
Sejak manusia pertama
Aku adalah pencinta biasa
Yang dengan hati mencintaimu
Mencinta dengan caraku
Cinta yang mengharapkan setia
Cinta tanpa kata-kata
Cinta seperti embun dan pagi
Cinta seperti bulan dan bintang
Cinta seperti api dan bara
Kamu telah ku pilih untuk cintaku
Bukan cinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata
Bukan cinta untuk saling berdusta
Tapi cinta untuk meraih bahagia
Ku nikmati semua waktu yang ada
Walau hanya dalam dunia maya kita bersua
Walau hanya dalam nada mendengar suara
Nurani ku menyimpan harapan menjadi nyata
Serta berharap dapat menikahimu untuk selamanya


Dan eiba, masih lagi menyimpan sebuah cerita cinta yang unik, yang tak terkatakan pada sesiapa pun, kerana cinta itu anugerah Allah. Jika anda memilikinya, jangan dilepaskan lagi, pupuk lah ia, agar terus bersinar, bergermerlapan dan jangan disia2kan, kerana mungkin kita tak akan bertemu cinta untuk kedua kalinya...aaaarrggggghhhh..ku telah jatuh cinta....?????


2 comments:

suarapendam said...

C-I-N-T-A?.. apa ada pada cinta?..

Masih teringat ayat zaman sekolah dulu..

Cinta pada bunga, bunga akan layu..
Cinta pada orang, orang akan mati..
Cinta pada Allah, itu yang ABADI..

jatuh cinta pada Johnny.. buleh pi makan hari-hari.. keh keh keh...

Kaktiny said...

ada geng nak ajak gi layanz Johnny's weh... jom jom jom sus.. call kaktiny.. hahahhahaaa...