Wednesday, October 7, 2009

Lawak Pagi

Cerita ini hanya sekadar menghiburkan hati. Eiba saja nak berkongsi cerita ini buat tatapan semua. Kalau nak gelak sesama meh larr...Pagi2 mesti lar ceria kan???


(Sekadar Hiasan, tiada kaitan dgn cerita)


Kamil Si Pengantin Baru


Kamil merupakan pengantin baru yg baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya. Pada hari berlangsungnya majlis kenduri kahwin, habis dibedalnye semua makanan pengantin bak org kebulor 10 hari tak makan. Tak dikiranya mak mertua ke sedara mara ke. yang penting dia dapat merasai kesemua makanan pengantin yang khas di buat untuk raja sehari. "Bila lagik aku dapat merasa makanan punya sedap ni.kalau aku malu alamatnye lapor ler" bisik hati kecilnya.

Tiba malam selepas selesainya majlis kendara tu, perut si kamil nie memulas-mulas. Sampai kentut-kentut dibuatnya. Sakit perutnya di bawak sampai keesokan harinya.

Pagi tu mak mertua kesayangannya telah menyediakan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga. Keluarlah kamil dari biliknya hanya memakai kain pelikat supaya senang nak ke jamban kalau terdesak.

Sambil duduk bersebelahan isteri tercintanya di kelilingi oleh mak mertua, bapak mertua dan dua org adik isterinya kamil menjamah sarapan pagi tu.

Tiba-tiba perut si kamil buat hal lagik. Nak ke bilik air rasa segan lak, lalu dia pun melepas angin kentut se'slow' yg mungkin dan kebetulan ade seekor kucing bernama cemong di bwh meja makan itu. Mak mertua nye pun bersuara " cemong!" Fuh lega sungguh hati si kamil kerana si cemong yg menjadi mangsa mak mertuanya. Sekali lagi perut kamil memulas-mulas lalu dilepaskan gas se slow seperti yang pertama tadi. "Cemong!" teriak mak mertuanya sekali lagi kepada si cemong. Lega hati si kamil.

Sambil dok menghayati hidangan pagi tu, Kamil sekali lagi buat hal.dek kerana sebelum nie dah dua kali dilepaskan gas, dan mangsanya si cemong, kamil dengan selamba buat dek melepaskan gas dengan sekali hembusan.

Kali ini mak mertuanya berteriak " Cemong, beralih ko dari situ, kang di beraknye pulak kat ko".

Alangkah malunye si kamil mendengar ulasan dari mak mertua kesayangannye itu. ape lagik merah padam la muke si kamil lalu terus dia menuju ke bilik kerana 2 sebab. Pertama, malu sebab mak mertua sindir. Kedua, dia dah takleh tahan untuk melepaskan niatnya itu.

"Menyesal aku bedal sume makanan pengantin semalam" ujarnya sambil dok termenong dalam jamban .

hihihihi...


3 comments:

Unknown said...

eiba,

hihi.... tu lar kata... jgn ingat hari ni aje ada, esok lusa tulat tak ada. kan dah spoil.... hehe

eiba sedondon kaler merah gitu... ceria

Idalara said...

salam eiba..
tersengih gak kak ida bc citer ni..wlauapun ht tgh gundah..mng lawak pun...

p/s rumah baru akak diubah masa bulan puasa aritu..terimakasih singgah.

Eiba said...

Kak Izan - Betul tu kak..hehehehehe..merah itu menawan kan???

Kak Idalara - Akak jgn gundah2 lagi yaa...cheer up akak...life must go on..