Friday, April 13, 2012

Anugerah TERHEBAT

Menjejak keindahan bagi ku adalah anugerah yang paling terindah yang aku miliki sekarang.. Walau berliku dugaan datang melanda.. walau beribu cubaan ku pasti Tuhan akan tunjukkan jalan yang paling baik untuk ku & pastinya itu adalah yang terbaik untuk ku.. Alhamdulillah.. Nikmat kehidupan yang di berikan adalah Rahmat yang terhebat.. Rezeki yang di kurnia kan akan ku hargai sebaik mungkin. Terima kasih Tuhan, kerana masih menyayangi ku..

merungkai kata
dalam diam
menyata hasrat dalam desah
memintal rindu rebak di jiwa
jalinan indah di jaluran pelangi
sirna cahaya terlakar di hati
melirih resah mata terpejam
ku doa kekuatan kan memintal diri..
Hajat hati ku ingin mencapai bintang..
Biar pun hilang kemana pun jua..
namun semangat ku x akan terpadam..

No comments: