Thursday, September 4, 2008

Tak Percaya tapi Ini Terjadi....

Hujan yang turun tanpa henti selama menyambut ketibaan puasa, benar2 menguji ketabahan ku, Ahhhh...cuti yang panjang sempena menyambut kemerdekaan dan Bulan puasa telah menyentak diri ku apabila terima SMS dari kak Liza dan Preston.
" Eiba, ofis di landa banjir dan tempat eiba paling teruk, syiling jatuh"

Eiba hanya berkata dalam hati yang Kak Liza dan Preston bergurau. Mudahan mereka bergurau. Tetapi bila melangkah kaki masuk ke ofis...hampir tergelincir bila masih terdapat takungan air di pintu masuk ofis. Dan.....eiba terus ketempat eiba..nyata apa yang mereka katakan benar belaka. Sedihhhhhnya..tapi nak buat bagaimana..semua sudah berlaku..dan segala yang ada dalam pc ku??? Ya Allah semua kerja2 ku??? Tabahkan lah hati hamba mu ini...



Kemusnahan yang berlaku ini melibatkan banyak mender, kalau eiba listkan memang mengharukan. Dan yang lebih terharu adalah PC ku, yang berendam ngan air. Nak ketawa ader dan nak nanggis pun ader gak.. Ini lah kenangan paling "terindah" sepanjang tempoh eiba bekerja. Menuntut kesabaran dan pengendalian emosi yang baik. Mudahan puasa ku di terima..



Kawasan kerja eiba sebelum kejadian. Peralatan yang lain semua musnah hanya tinggal kenangan...kena beli baru tuuuu....hik..hik..hik...agak2 boleh claim tak yerk??? Nak tanya Boss lahh....



" Sekali dugaan datang hanya untuk menguji tahap kesabaran hambaNya, kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melampaui batas kemampuannya"

6 comments:

KTS said...

sabar... sabar...
patutlah lama menyepi... ingatkan pergi honeymoon di bulan puasa :P

selamat dtg ke dunia kesabaran :D

Suzi said...

salam eiba,
bersabar jelah...benda dah nak jadi...semoga eiba tabah menghadapinya...Allah nak uji sikit je tu...

kamar hati said...

salam ramadhan al mubarak...
semoga beroleh keberkatan yang hakiki...

banyakkan bersabar...
(",)

Eiba said...

Terima kasih kepada semua kawan2 yang memahami...

Yan said...

Ya Allah,tak dapat nak bayangkan kejadian tu.Harap2 Eiba bnyk2 bersabar ye....

Unknown said...

YEA..YEA..HOOORAY..HOORAY.. eiba tak yah buat kerja sementara..berehat...

bila lagi nak berehat, masa ni larr dapat tengok org buat kerja setelah sekian lama eiba asyik ngan kerja.

hehehe... k zan dah tumbuh tanduk....

* eiba len kali jgn lupa thumb drive yek.. klu k zan selain handphone.. .thumb drive jg tergantung sama.. duplicate.