Friday, August 5, 2011

"Erti Persahabatan" untuk yang bergelar sahabat

Dalam dunia ini, kita hanya ada diri kita sahaja.. tiada sesiapa dan seringkali bersendiri. Namun dalam kita bersendiri, kita masih beruntung kerana mempunyai family & juga sahabat yang memahami.. Disini Eiba sekadar meluahkan rasa hati.. tentang Eiba & sahabat..



Kita seringkali mengharapkan sahabat akan jujur dengan kita.. sentiasa ikhlas dlama menjalinkan persahabatan.. begitu juga dengan dia.. mengharapkan sesuatu yang sama pada kita. Tetapi kita seringkali terlupa tentang hal itu. Kita cuma mengambil kira harapan & perasaan kita.. tanpa cuba mengerti hatinya. Kita rasa dikhianati bila dia x menepati janjinya pada kita.. Malah kita langsung x memberi ruang pada dia untuk menerangkan keadaannya.. hakikat sebenar apa yang berlaku.



Bagi kita, semua penerangan yang dia katakan adalah semata2 untuk menutupi semua kesilapan nya & sekadar membela dirinya yang BERSALAH!! terkadang kita menuduh dia dengan tuduhan yang x berasas tanpa kita tahu apa sebenarnya keadaan nya. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti2.. kita juga ada x menepati janji & kita beri dia 1001 alasan & memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu.. terfikirkah kita? Perasaan dia? Perasaan sahabat kita? Sedang dia juga seperti kita.. tahu rasa KECEWA ..



Sebagai sahabat.. dia mendengar apa jua cerita. perasaan bimbang, segala rasa kecewa, ketakutan, harapan dan impian.. apa saja yang kita luahkan padanya.. Sahabat kita berusaha memberi jalan utk menyelesaikan masalah yang kita hadapi.. menceriakan kita di saat kegelisahan kita. Selalunya kita terlalu asyik bercerita kisah kita.. langsung x pedulikan samada kawan kita juga ader cerita yang ingin di kongsikan bersama kita..



Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh di percayai? Kita boleh di jadikan tempat untuk dia bersandar bila dia berasa lemah, agar tidak rebah? Sesekali jadi lah kawan yang mendengar.. bukan yang asyik bercerita. Ambillah sebanyak mana masa untuk memahami hati & perasaan seorang sahabat.. kerana dia juga seorang manusia spt kita.. ader rasa.. bimbang, kecewa..sedih.. gembira..& takut..



Dia juga ade kelemahan.. dan dia juga perlukan kawan untuk jadikan dia lebih kuat.. Kita selalu lihat dia ketawa.. Tapi dalam ketawa itu.. dakah benar dia setabah yang kita sangka? Mungkin di sebalik senyuman nya itu.. tersimpan banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.. disebalik kesenangan nya, mungkin tersimpan 1000 kekalutan yang kita tak tahu... Tetapi jika kita jadi sahabat seperti dia.. KITA AKAN TAHU...



Terima kasih sahabat ku.. maafkan diri ku kerana selalu tersilap tafsir mengenai diri kamu. Maafkan aku kerana selalu buat kamu berkecil hati kerana perbuatan & kekasaran bahasa ku.. ku mohon keampunan dari kalian...



Maaf kan aku...

2 comments:

KTS said...

ha! nasib awak sedar. baru je kita nak merajuk.

donat mana?


.
.

:D

Eiba said...

Huhuhuu.. tular..sekarang kite dah sedar Angie.. thanks to be 1 of my frend yaaa..

*
*
Donut?? Jommm layan nak..