Friday, July 18, 2008

Yang sudah nyata

Sudah terang lagi bersuluh, rasanya dan seharusnya, Menteri Penerangan YB Dato' Ahmad Shabery Chik, meletak jawatan dengan megemukakan surat perletakan jawatan, dalam masa 24 jam ini.

Anda telah tewas KO, Knock Out.


Sudah dikhabarkan sejak awal – awal lagi, DSAI bukanlah lawan, regu dan saingannya.

Tidak lah diketahui, siapakah yang menghasut beliau supaya menyahut cabaran debat, anjuran Agenda Daily tersebut.

Seluruh pimpinan Kerajaan UMNO/BN menanggung aib dan malu yang besar di atas KEKALAHAN dan KEGAGALAN beliau dalam berdebat, berhujah dan mengemukakan fakta, bukti dan angka.

Sebaliknya, apa yang terjadi beliau hanya menyerang peribadi DSAI sahaja.

Secara prinsip dan moralnya, tanpa perlu didesak untuk meletak jawatan, beliau secara tegas dan tetap dengan pendirian, mesti meninggalkan pejabatnya di Bangunan Angkasapuri, dalam masa 24 jam.

Tidak perlulah beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, untuk mempertimbangkannya , samada menerima atau menolak perletakan jawatan tersebut.

Selepas dariapda ini, rakyat tidak mahu beliau memberikan sebarang alasan, dalih, hujjah, komen dan sebab, bagi tidak meletak jawatan.

Alasan apakah lagi yang beliau cari selepas ini ? Sama – sama kita tunggu dan lihat.



RUMUSAN, hujah DSAI

  • Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
  • Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
  • Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
  • Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
  • RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kim
  • RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
  • Maka selesailah masaalah

LAIN – LAIN HAL

  • Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
  • Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI' IMF.
  • Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
  • Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.

AHMAD SHABERY

  • Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN"
  • Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
  • Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan

TAMBAHAN SIKIT

  • Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi

Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.


Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

  • Zukifli Sulong

Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?

NOTA

  • DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat – singkatnya
  • Adakah di Permatang Pauh ?

Kesimpulan yang rakyat semua dapat :-

Maka berakhirlah bicara diskusi atau debat yang selama ini dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia selama ini. Biarpun ada yang menjangkakan ia akan dibatalkan atau tidak dibuat secara langsung. Namun semuanya kini menjadi kenyataan. Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan UMNO , Shabery Chek telah disiarkan terus menerus selama satu jam iaitu kurang dari jadual asalnya.
Pengantara popular Johan Jaafar sekali lagi dipilih untuk menjadi hos rancangan berkenaan. Tahniah diucapkan kepada Johan Jaafar yang lebih nampak profesional pada kali ini. Alhamdulillah, tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Debat yang dibahagikan kepada beberapa segmen itu turut menampilkan wakil masing-masing iaitu Nordin Kadri untuk Shabery dan Zulkifli Sulon dari Siasah untuk Anwar. Biar pun masa yang diambil untuk kedua-dua pendebat agak pendek dan terlalu cepat namun jelas dapat dilihat kewibaan terletak kepada mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Benarlah kata beliau sebelum ini Menteri UMNO itu tidak layak untuk berdebat dengannya. Beliau lebih rela berhadapan dengan Pak Lah dan Najib, daripada budak hingusan seperti Ahli Parlimen Kemaman yang tidak sedar diri itu.

Banyak soalan dan kenyataan merapu telah dikeluarkan oleh Shabery. Anwar beberapa kali menempelak beliau kerana lari dari tajuk dan membuat hujjah peribadi pasal Anwar. Tajuk debat "Hari Ini Memerintah: Esok Minyak Turun" tidak sesuai untuk Shabery. Beliau lebih banyak mengungkit kisah lama, dan menggunakan isu yang sama bahawa minyak naik kerana mengikut harga minyak dunia. Dari segi kadar inflasi pula, beliau banyak membandingkan dengan negara yang harga minyaknya lebih rendah seperti Venezuale, Iran, Iraq dan lain-lain lagi. Pernyataan beliau itu banyak dimatikan oleh Anwar dengan hujjah-hujjah yang cukup bernas dan bertenaga.


Antara hujjah Anwar yang cukup melekat dihati rakyat ialah , jika kerajaan boleh berbelanja hampir RM13 bilion untuk menyelamatkan Perwaja kenapa kerajaan tidak boleh langsung untuk belanja hanya RM1 bilion untuk turunkan harga minyak sekitar 50 sen. Itu belum lagi dengan langkah kerajaan yang lain. Kenapa bila membantu rakyat dikatakan "subsidi" tapi bila membantu syarikat kroni dikatakan "bail-out", bila bantu golongan korporat dikatakan "insentif". Kenapa berlaku begitu? Anwar kecewa dengan istilah subsidi yang dikaitkan dengan bantuan untuk rakyat. Kenapa dibeza-bezakan oleh kerajaan?


Dalam pada itu, Shabery pula lebih banyak merapu dan tidak menjawab soalan yang ditanya. Hinggakan Zulkifli Sulong agak pening dengan jawapan beliau perihal kerajan menyelamatkan hampir RM4.2 bilion ketika minyak naik 30 sen awal tahun lalu. Janji kerajaan untuk menaiktaraf prasarana pengangkutan awam, tapi hanya sekitar RM700 juta sahaja yang digunakan sehingga kini. Maka apa lagi alasan dengan naik 78 sen dan kerajaan bakal perolehi keuntungan hampir RM13 bilion. Apakah lagi alasan kerajaan untuk membelanja wang sebanyak itu, jika sebelum inipun kerajaan sudah tipu rakyat bagaimana pula kali ini. Namun jawapan profesional yang dinantikan dari Shabery ternyata gagal. Hujjah beliau mengarut dan merapu. Banyak menghentam peribadi Anwar hingga sesekali Anwar menjeling tanda kecewa.


Banyak lagi hujjah lain Anwar yang ternyata memberi impak positif kepada rakyat dan Pakatan Rakyat. Maklumat yang diterima oleh Cucu ramai rakan-rakan dalam UMNO yakin dengan hujjah bernas Anwar. Mereka juga kecewa dengan Shabery yang tidak setaraf dengan jawatannya sebagai Menteri Penerangan. Maka itu, seperti yang dijanjikan Shabery harus meletak jawatan dan Pak Lah perlu mencari orang lain untuk mengambil alih jawatan tersebut. Itulah "cagaran" yang dibuat oleh beliau sebelum ini. Beliau bolehlah diistilahkan "syok sendiri" dan meraban semacam. Beliau langsung tidak fikir yang berada dihadapannya adalah golongan cendiakawan, profesional, terpelajar dan bangsawan. Mereka semua memandang sinis kepada kedangkalan hujjah Shabery Chek, si Menteri UMNO yang tidak sedar diri itu. Apapun kita nantikan apa pula cerita terbaru Anwar selepas ini.

Sekian terima kasih~ dari eiba*



No comments: