Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Hati Yang Tersakiti


Tersentap tengok lagu & Video clip ini.. oowwhh.. layan jer.. huhuhuhu...
"Aku tiada percaya, teganya kau putuskan"
 
Oh Tuhan Tolong lah aku, hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia, walau tak bersama dia.
 
& Kini.. aku bahagia dengan DIA

Friday, May 18, 2012

Aku & Mereka

Perjalanan Hidup in kadang2 x begitu mudah.. kadang2 kita boleh terima untuk melalui segalanya.. Tapi itu lah yang akan menyemarakkan kehidupan kita. Sesekali terjatuh, bangkit lah semula. Andai terluka, rawat lah hingga sembuh.. Apa yang nyata, kehidupan bukan satu lukisan yang sewenang nya di lukis di kanvas.. Kehidupan adalah satu yang nyata..Bergembira lah selagi kita mampu mengembirakan org lain..



Tuesday, December 20, 2011

ANNUAL DINNER 2011 (MY LAST)

26.11.2011 - Bantex Annual Dinner di Hotel Selesa Pasir Gudang. Sebagai AJK majlis, kali ini banyak persediaan yang nak di buat. Memang seronok bercampur terharu. Kerana ini adalah yang terakhir aku berada di Syarikat ini. Sebenarnya baru nak mesra alam.. tapi rasa nya ada yang lebih baik akan menanti aku di masa hadapan. Jadi aku redha.. Ermmpp.. Banyak pics sebenarnya, tapi x tahu lar naper x jumpa dlm PC nie.. gamaknya da byk sgt pics, bersepah2 tu yg x jumpa.. Apa pun..layannnn...



Aku bersama dengan HR Manager



Ahli Jawatan Kuasa Majlis di kaunter Door Gift



Bersama Managing Director Mr. Franck sewaktu perasmian bermulanya majlis



Mengacarakan majlis errr...spt tahun lalu gaks.



AJK bersama MD & Head Department



Saja..nak tayang baju..ingat dapat "Best Dress Award" huhuhuhu...



Sales & Marketing Team


Tuesday, September 6, 2011

Meriahnya Raya - 2011

Kemeriahan raya tetap terasa walau DYES x de dekat dengan aku..apatak nya.. tahun ini di hiasi dengan anak2 kecil ku yang comel2 belaka.. arrgghhh... x sempat sangat amiks pics depa.. Dengan Baby Qaleysha, Baby Adry, Baby Ilhan, Baby Ilman, Baby Iman juga Yaya yang selamba derk.. Seronok melihat telatah mereka.. senyum.. ketawa.. errr.. menanggis pun ader.. Yang paling penting.. duit raya untuk depa memangggg dah standby.


Antara gambar kenangan raya yang dapat di upload kat sini.. Ehhh.. cemana gamaknya DYES beraya tahun nie kan? Tahun lepas dah terang2 meriah.. errrmppp.. mudahan kamu juga bergembira yer.. SAHABAT ku...


Selamat melayan pics ini..jalan citer..sila lah buat sendiri.. heheheheh... SELAMAT HARI RAYA SEMUA.. MAAF ZAHIR BATIN ANDAI SEPANJANG PENGLIBATAN DLM BLOG INI, ADER YG TERGURIS PERASAAN.. MAKLUM..LIDAH TIDAK BERTULANG, JEMARI TIDAK BERAKAL.. TERLEPAS KATA DAN TERKASAR BAHASA..HARAP DI AMPUNI..







Alamak...alamakkk... maner pics mak & ayahhhh niee.. hadoiii yaiii... issssskkk...

Friday, January 1, 2010

...Penutup Tirai Kenangan...



Orang kata abadi kan sesuatu yang indah itu bukan hanya di minda..tapi juga di hati dan di mata.. Di kesempatan ini..Eiba nak abadikan kenangan Terindah Eiba.. Antara Pantai,laut & Eiba banyak cerita gembira suka dan duka..kenapa yerr...bila berada di pantai..hati Eiba begitu tenang dan asyik..lupa segala kekusutan minda..

Terima kasih pada semua kenangan yang terpahat..yang pasti nya paling indah dalam hidup ku..Buat semua yang ku sayangi..Hargai lah apa yang anda miliki..Bila ianya berlalu pasti ada sedikit kekesalan... Mudahan 2010 ini akan bawa sesuatu yang lebih indah dan bermakna dalam hidup kita semua. InsyaAllah...

Tuesday, October 6, 2009

Kenangan Aidilfitri 2009

Tahun nie sekali lagi 1st Raya kat rumah Mak Mertua ku. Seronok..memang seronok..Apa taknya time raya cam nie, Mak confirm masak best punya (selari ngan selera ku..hehehehehe)..
Seperti biasa..Mak Long cakap "Kalau x der barang tertinggal, bukan Saebah namanya" nak gelak guling2 Coz memang Eiba tertinggal Camera TB kat rumah...waaacchhaa..Pe lagi masa nak amik pics tu memang x der mood sangat.. Yer laa...TB da bising..Eiiiii..geram nya.... Tapi tak kan nak balik Pasir Gudang semula kan??? So terpaksa lar amik guna HP.. Eiii..malas nyaaaa...



Sebenarnya tahun ini warna kuning brown, tapi ntah cemana rasa berminat laks nak pakai kaler merah hati nie...Ntah larr..angin kan...anytime boley berubah.. Baju kebaya tuuu..nak pakai masa family day nanti...So jadiklah Tema tahun nie marron..cantik gaks..



My BIL wit MIL



Makan dimulai dengan bacaan doa kesyukuran dan Selamat oleh TB, Maklum lah arwah Abah dah tak der, Semoga beliau sentiasa di cucuri Rahmat dari yang ESA. ALFATIHAH...



Anak Sedara Mira + Anak ku Akmal



Mira + Eiqa



Ucu + Akmal



Ibu + Eiqa



Hari Raya ke4, seperti yang telah diberitahu seawalnya, Majlis Hari Keluarga dan sambutan Aidilfitri dirumah arwah atok (sebelah ayah) bermula seawal 8.30 pagi.



Seramai 148 orang, adik beradik ayah seramai 13 orang, membawa keluarga, menantu dan cucu. Di mulakan dengan bacaan tahlil dari Pak Uda (Imam). Banyak aktiviti yang di jalankan. TErmasuklah memancing, karaoke, rebut gula2, kerusi beracun, bawa bola di dahi..dan lain2 lagi..


Antara yang menarik..hehehehehe..suami ku ngan Mak kesayangan ku berpadu tenaga menyambung straw..selama 2 minit, mereka berjaya menyambung sebanyak 46 pcs. straw..ermmpp boley tahan larr.. dapat no. 4 tawww..peserta hampir 20 pasangan.. (semua nak masuk..hikhikhik...)



Raya ke 3 laks, Eiba jumpa kawan2 lama Eiba yang da lama tak jumpa. SI Bain nie lar.. 1st Time TB jumpa dia..kalau dia gemuk sikit mmg errmmppp...boley tahan..hehehehehehe... Btw tak lama lagi Bain nie nak kawin dah... Bagus larr...cepat2 hantar kad undangan... Da lama tak makan nasik minyak nie...



Berjumpa gaks ngan Cikgu Salasiah (Mar..cilok pics nie dr ko) Dah tambah lagi baby..best!! Best!! Eiba??? Eiba??? InsyaAllah...kalau ada rezeki..ada larr..(Jgn tanya lagikkk ok kenkawan...)


Sebenarnya ramai lagi rumah yang Eiba kunjungi, Rumah sedara mara, Jiran tetangga, Rumah Vee jugak!!! Tapi geram...asik bercerita sana sini..tak henti2 mulut tu..sampai lupa nak amik pics..Mar rumah ko kat sini kang Eiba pegi arrr....orang johor kan raya sebulan...tak gitu???

Pe pun raya tahun ini memang meriah. Seperti tahun2 yang lalu juga. Bertambah meriah bila Eiba dapat jumpa lebih ramai kawan2 seangkatan..satu tempat kerja dulu..isskk..banyak larr... Ahhhh...Hari yang menemukan sekelian sahabat handai...Sib baik raya sebulan ajer..kalau tiap2 bulan..pergghhh....rabak gaks..

Malam nie ader open house lagikk...Kuali da 2 minggu gantung kat rumah...hehhehehehee..

Wednesday, October 8, 2008

Indahnya Aidilfitri


Nak mulakan tak tahu bagaimana, kerana eiba bukan lah pandai sangat menulis. Macam Kak Sepi, Kutaksempurna ngan kamar hati, tapi eiba nak cerita serba sedikit pengalaman raya eiba. Terlalu gembira dan resah.

Keputusan untuk beraya dikg suamiku pada lebaran kali ini buat pertama kalinya setelah 7 tahun perkahwinan kami. Pada awalnya TB tak dapat cuti. Jadik eiba amil keputusan, raya pertama di kota tinggi johor dan raya selebihnya eiba akan balik Benut. Alhamdulillah semua family adik beradik berkumpul kat Kota memeriahkan lagi Aidilfitri tahun ini, kecuali adik TB yang baru kahwin iki beraya kat rumah mertuanya dulu.

Mak mertuaku berhasrat nak buat ketupat, dan agak2 terlupa pulak dia. Yang eiba nie pun antara ingat ngan tidak cuba buat gak...dan hasilnya memang bagus..ingatan ku masih kuat lagi...yeeeehaaaaa....Tapi 1000x sayang pics ngan video yg ku rakam entah kemana. So tak dapatlah nak tunjuk kepakaran ku pada u all hehehehhehehehe....

Pada Hari raya yang penuh syahdu ini, eiba bertemu dengan saudara2 belah mak & ayah yang lama tak ditemui. Pelbagai citer sambil saling bermaafan. Kulihat nenek ku sudah begitu uzur. Ahhhh..nenek...semoga kesehatan mu sentiasa baik. Sepupu ku yang dulunya nak dijodohkan ngan ku..hahahhahahahahhaha...tak kuasa nak layan...cuba korang tengok persamaan eiba ngan aril nie...psssstttt...skima kan??? Sekarang kami berdua masih banyak persamaan, anak pun sepasang, sebaya lak tu...tarikh lahir beza beberapa jam ajer...hehehehehhehehehe nama lak Shahril & Saebah...(maaf TB...)


Teman ku yang paling baik juga datang beraya, iaitu Mardiana sekeluarga dan Irzan sekeluarga, mereka datang kat kg Mak eiba kat Benut. Kehadiran kawan2, sepupu sepapat menjadikan raya memang benar2 meriah.



Adik bongsu ku yang rajin membantu mak masa raya, maklum lah yang perempuan semua balik kg mertua. Kesian mak & ayah bila eiba dapat tahu raya pertama marhaban melebihi 100 orang datang ke rumah. Biasanya eiba ader kat kg bantu mak...ahhh mak..maafkan anakmu ini. Sedih gak dalam hati bila mengenangkan mak kat dapur ngan ayah berdua. Ahhhh....tahun2 akan datang, eiba tak akan biarkan mak & ayah berdua lagi membuat persiapan raya. Maaaaaffff mak & ayah ku....

Balik kat PG, lum sempat wat apa2 lagi, baju pun tak kemas lagi sudah ader anak2 jiran datang beraya. Mujurlah sudah tersedia kuih2 ngan biskut2 kat meja tu, dihidang ngan air hundred pluss..hahahhahahahaaha (dah itu jer yg ader..) Malam lak, ader lak jiran jemput untuk open house. Sampai lah hari nie..setiap malam eiba lum masak lagi. Dapur tu untuk masak air jer..schdl untuk open house masih berjalan hingga malam selasa depan. Silap2 eiba tak wat open house utk tahun nie..rasa cam malas sikit daaa...

Untuk teman2 blogger, atau sapa saja yang kenal eiba, datanglah beraya kat rumah eiba kalau sudi. (Sepatutnya raya x payah jemput kan...mai ajer lahhh..) kat alamat N0 3, Jalan Mawar 39, Taman Mawar, Pasir Gudang, 81700 Johor Bahru, Johor. No. Tel. eiba : 012-7346094, kalau nak YM eiba pun blh add eiba guna id : lovely2853..

Eiba sayang semua!!!

Aidilfitri dalam ingatan 2008

Kenangan Makan2 Ramadhan 2008

Thursday, September 4, 2008

Tak Percaya tapi Ini Terjadi....

Hujan yang turun tanpa henti selama menyambut ketibaan puasa, benar2 menguji ketabahan ku, Ahhhh...cuti yang panjang sempena menyambut kemerdekaan dan Bulan puasa telah menyentak diri ku apabila terima SMS dari kak Liza dan Preston.
" Eiba, ofis di landa banjir dan tempat eiba paling teruk, syiling jatuh"

Eiba hanya berkata dalam hati yang Kak Liza dan Preston bergurau. Mudahan mereka bergurau. Tetapi bila melangkah kaki masuk ke ofis...hampir tergelincir bila masih terdapat takungan air di pintu masuk ofis. Dan.....eiba terus ketempat eiba..nyata apa yang mereka katakan benar belaka. Sedihhhhhnya..tapi nak buat bagaimana..semua sudah berlaku..dan segala yang ada dalam pc ku??? Ya Allah semua kerja2 ku??? Tabahkan lah hati hamba mu ini...



Kemusnahan yang berlaku ini melibatkan banyak mender, kalau eiba listkan memang mengharukan. Dan yang lebih terharu adalah PC ku, yang berendam ngan air. Nak ketawa ader dan nak nanggis pun ader gak.. Ini lah kenangan paling "terindah" sepanjang tempoh eiba bekerja. Menuntut kesabaran dan pengendalian emosi yang baik. Mudahan puasa ku di terima..



Kawasan kerja eiba sebelum kejadian. Peralatan yang lain semua musnah hanya tinggal kenangan...kena beli baru tuuuu....hik..hik..hik...agak2 boleh claim tak yerk??? Nak tanya Boss lahh....



" Sekali dugaan datang hanya untuk menguji tahap kesabaran hambaNya, kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melampaui batas kemampuannya"

Thursday, May 22, 2008

GEMILANG PERKAHWINAN KU



KAWAN2 DARI JEPUN BERSAMA ADIK BERADIK KU



KELUARGA FAMILY SEBELAH "ALING" MY LOVELY HUBBY
TAPI KINI ARWAH ABAH DAH TIADA DI DUNIA, AL-FATIHAH UNTUK NYA..



KAWAN2 YANG HADIR MASA MAJLIS PERSANDINGAN DI KG LUBUK SIPAT BENUT, SEBENARNYA RAMAI LAGI YANG DATANG, TAPI BANYAK SANGAT PICS NAK ATTACHED..LETIH LAKKK...



EIBA DGN ADIK BERADIK YANG DIKASIHI SERTA MAK & AYAH YANG TERCINTA, TANPA MEREKA SEMUA MAJLIS INI TAK AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR. TERIMA KASIH PADA KAK IMA, KAK ANIE, KAK MILA, AZIE DAN HAKIM...



KENANGAN DI MAJLIS PERKAHWINAN KU DI KG LUBUK SIPAT BENUT BERSAMA MAK & AYAH YANG KU KASIHI SELALU DAN SELAMANYA.



KENANGAN BERSAMA EMAK & BAPA MERTUA DI MAJLIS PERSANDINGAN KU DI AIR TAWAR 2 KOTA TINGGI JOHOR. TERIMA KASIH KERANA MERESTUI HUBUNGAN KAMI.