Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

8 Pintu Murah Rezeki

"8 Pintu Murah Rezeki" ialah:-


1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.
 

**Sharing is caring**

Wednesday, August 29, 2012

Saturday, May 12, 2012

MENGANTUKNYA....

HUAAAAHHHHHH NGANTUKNYERRR….

Perasan tak kalau satu orang menguap, orang lain pun ikut menguap juga ?
Penyelidik menyatakan dalam 40-60% orang yang tengok gambar orang menguap akan turut menguap. Kalau baca perkataan "Menguap" pun kadang2 boleh buat orang ikut menguap.

Bukan manusia saja yang menguap. Binatang pun menguap juga.
Kalau korang tengok kucing yang korang pelihara tu, boleh nampak kucing tu pun menguap.

Kenapa kita menguap ?

Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oxygen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berpikiran yang kita menguap kalau kita rasa bosan.


Kepercayaan orang dahulu kala

Ada juga terdapat kepercayaan yang berasal dari Greeks yang menyatakan kita mesti tutup mulut bila menguap untuk elakkan roh kita dari terlepas melalui mulut. Sesetengah orang pada zaman dahulu percaya bila seseorang tu menguap, dia akan ditimpa bahaya.


So kenapa menguap boleh berjangkit ?

Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan informasi itu disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang special yang menjadi aktif bila kita membuat sesuatu atau bila kita melihat orang lain membuat sesuatu lalu meniru aksi orang lain.


Selain daripada pengajian itu, penyelidik membuat teori bahawa kejangkitan menguap ini dapat menolong kita berkomunisai kita punya level of alertness kepada orang lain. Dengan itu, kita dapat coordinate masa tidur kita dengan orang lain.

 

Wednesday, May 27, 2009

...Kita Bertiga....


Semalam petang balik dari keje, apa lagi merempit lah balik ke PG. Amik anak2 ku dari rumah pengasuhnya dan sekolah Akmal. Eiba nak ke ECONSAVE yang kat Taman Scientex tu..da lama sangat x kesana...

TB cakap dia ada keje kat kilang, so kami bertiga saja huhuhuhuhu.. Plan nak beli susu ngan makanan ringan saja...



Apa yang Eiba nak bagi tau di sini...harga kat ECONSAVE memang jauh lebey murah dari harga kat UO, TESCO or GIANT apa lagi kat JUSCO!! sayur diaaa....uuurrmmmmpp...memang marverlous....Segar!!! Dan sangat teruja bila losyen yang Eiba selalu guna beza harga sehingga 1 hinggit!!! Korang boley bandingkan sendiri harga Susu Ducthlady, Air Marigold, telor, sayur2an, biskut, mandian dan semua lah yang malas Eiba nak type semua kat sini... Dan bayangkan berapa banyak yang kita boleh jimat.. kan??? Itu pun kalau kita bijak berbelanja laaaa.....

Cam biasa kalau da nampak barang murah...hehehehhehehe..lari budget gakss...huwwaaaaa.....huwaaaa....

Saturday, March 28, 2009

Tanda Hadiah pada seseorang




JAM TANGAN... ... ... Tanda meningati setiap masa dan waktu. (Sampai laa nie masih pakai jam yg sama since 2001..aku yang setia...yeh..yeh...)

CINCIN... ... ... ... .Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG... ... ... ... .Tanda mesra

RANTAI LEHER ... .... .Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG... ... ... ... .Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT... ... ... ... ..Sentiasa mengambil berat dan prihatin.

PAKAIAN/KAIN... ... .Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG... ... ... ... .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta (Paling byk dpt hadiah cam nie..lagik2 dr Japan..kawan Eiba yg kat Japan tu sering bagi minyak wangi pelbagai bentuk...)

BINGKAI GAMBAR... ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU... ... ... .... ... Bersifat terbuka dan bertolak ansur

BUNGA... ... ... Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKLAT ... ... .. semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ... ... ... mengabadikan cinta

SEJADAH DAN AL-QURAN... ....tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat amiinn...

HANDPHONE... tandanya... . kau jangan cube lari dr aku!!aku akan cari ko sampai jumpe melaenkan ko dah xde crdt xpon batry empty.. (Hik..hik...TB Hadiahkan Eiba HP 2 x, tapi dua2 x dapat kekal lama kat tgn..last2 belik sendirik..)

HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!

MASUK MEMINANG... ... tandanya dia serius dan betul2 seriuss..! pada kamu..!!

Monday, March 23, 2009

10 Tips Menolak Cinta Sahabat Karib

Buat adinda Hysman, yang katanya tak sanggup terima sahabat baik sebagai kekasih...
Kekanda nak bagi tips untuk menolaknya k....




1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU”

"Kadang2 kita akan lebih memahami hati seorang sahabat dari hati kekasih kita sendiri.. Tepuk dada tanya hati k....."

Friday, March 6, 2009

Most Best Pictures 2008 (To me laaa...)

Di sebabkan selalu sangat tgk pics dengan menggunakan kerjasama pakcik goggle, maka Eiba dapat buat kesimpulan yang pada tahun 2008..Eiba kagum sangat pada yang amik pics ini.... Bagi Eiba pics2 nie semuanya amazing picture laaa...















Yang ini Eiba paling suka...cute sangat..nampak tapak kaki baby.. (adduuhhh..tetiba rasa nak mengandung lah pulak....hehehehehehe...Ohhh tidakkkkk!!!!)

Bagi yang tengah pregnant...pastikan u all dapat snap pics like this..best kan???

Tuesday, September 9, 2008

Darah Jenis apakah anda...

TYPE O
You want to be a leader and when you see something you want you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter loyal Passionate and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.
TYPE A
You like harmony peace and organization. You work well with others and are sensitive patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.
TYPE B
You ' re a rugged individualist who ' s straightforward and likes to do things your own way. Creative and flexible you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.
TYPE AB
Cool and controlled you ' re generally well liked and always put people at ease. You ' re a natural entertainer who ' s tactful and fair. But you ' re standoffish blunt and have difficulty making decisions.


Eiba darah jenis A, u all darah jenis apa lak??? Ini tak der kaitan dengan apa jua keadaan sebenar diri memasing yerrr... So just for Fun and happy Tuesday...love u all..mmmuuuaaaacchhhss...

Monday, August 25, 2008

Tahniah One Nation Emcees!!!!!!

Akhirnya terjawap untuk reality tv Gang Starz..yeh..yeh...from Malaysia. Cayalah guyyy... Mimi u punya suara memang power. Lagu kedua yang u all bawa mas mona ngan Jefrydin tuuu..eiba bagi 5 star!!! Kalau u all wat concert cam nie...memang happening...bravo!! u go guy..!!

OMG the results are out, after 4 loooong months of hard work, training, tears, sweat and everything, juara Gang Starz musim kedua ialah.....who else but Malaysian ONE NATION EMCEES!

Saturday, August 9, 2008

One World, One Dream















Mengucap panjang menyaksikan opening caremony Olympic di Beijing 2008 malam tadi. Teruja dengan setiap persembahan yang 17000 orang yang terlibat dalam menjayakan majlis yang penuh gilang gemilang tersebut. Setiap detik tak satu pun yang ader yang tidak mengujakan..waduh..waduhhh....canggih!! System lighting yang melahirkan impak yang luarbiasa. Subhanallah, sehingga kami sekeluarga berasa berada di stadium sarang burung tersebut....AllahuAkbar...

Untuk saksikan lebih lanjut, u all try tengok kat link ini yer....Tekan disini


Friday, August 8, 2008

6 perkara Allah sembunyikan



Allah SWT sel esai menciptakan
Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
Dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
Antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat
dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail

As dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan
dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla
Malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah
dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iai tu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


- Thanks Najib my friend for this email -

Friday, July 18, 2008

Yang sudah nyata

Sudah terang lagi bersuluh, rasanya dan seharusnya, Menteri Penerangan YB Dato' Ahmad Shabery Chik, meletak jawatan dengan megemukakan surat perletakan jawatan, dalam masa 24 jam ini.

Anda telah tewas KO, Knock Out.


Sudah dikhabarkan sejak awal – awal lagi, DSAI bukanlah lawan, regu dan saingannya.

Tidak lah diketahui, siapakah yang menghasut beliau supaya menyahut cabaran debat, anjuran Agenda Daily tersebut.

Seluruh pimpinan Kerajaan UMNO/BN menanggung aib dan malu yang besar di atas KEKALAHAN dan KEGAGALAN beliau dalam berdebat, berhujah dan mengemukakan fakta, bukti dan angka.

Sebaliknya, apa yang terjadi beliau hanya menyerang peribadi DSAI sahaja.

Secara prinsip dan moralnya, tanpa perlu didesak untuk meletak jawatan, beliau secara tegas dan tetap dengan pendirian, mesti meninggalkan pejabatnya di Bangunan Angkasapuri, dalam masa 24 jam.

Tidak perlulah beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, untuk mempertimbangkannya , samada menerima atau menolak perletakan jawatan tersebut.

Selepas dariapda ini, rakyat tidak mahu beliau memberikan sebarang alasan, dalih, hujjah, komen dan sebab, bagi tidak meletak jawatan.

Alasan apakah lagi yang beliau cari selepas ini ? Sama – sama kita tunggu dan lihat.



RUMUSAN, hujah DSAI

  • Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
  • Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
  • Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
  • Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
  • RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kim
  • RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
  • Maka selesailah masaalah

LAIN – LAIN HAL

  • Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
  • Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI' IMF.
  • Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
  • Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.

AHMAD SHABERY

  • Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN"
  • Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
  • Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan

TAMBAHAN SIKIT

  • Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi

Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.


Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

  • Zukifli Sulong

Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?

NOTA

  • DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat – singkatnya
  • Adakah di Permatang Pauh ?

Kesimpulan yang rakyat semua dapat :-

Maka berakhirlah bicara diskusi atau debat yang selama ini dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia selama ini. Biarpun ada yang menjangkakan ia akan dibatalkan atau tidak dibuat secara langsung. Namun semuanya kini menjadi kenyataan. Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan UMNO , Shabery Chek telah disiarkan terus menerus selama satu jam iaitu kurang dari jadual asalnya.
Pengantara popular Johan Jaafar sekali lagi dipilih untuk menjadi hos rancangan berkenaan. Tahniah diucapkan kepada Johan Jaafar yang lebih nampak profesional pada kali ini. Alhamdulillah, tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Debat yang dibahagikan kepada beberapa segmen itu turut menampilkan wakil masing-masing iaitu Nordin Kadri untuk Shabery dan Zulkifli Sulon dari Siasah untuk Anwar. Biar pun masa yang diambil untuk kedua-dua pendebat agak pendek dan terlalu cepat namun jelas dapat dilihat kewibaan terletak kepada mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Benarlah kata beliau sebelum ini Menteri UMNO itu tidak layak untuk berdebat dengannya. Beliau lebih rela berhadapan dengan Pak Lah dan Najib, daripada budak hingusan seperti Ahli Parlimen Kemaman yang tidak sedar diri itu.

Banyak soalan dan kenyataan merapu telah dikeluarkan oleh Shabery. Anwar beberapa kali menempelak beliau kerana lari dari tajuk dan membuat hujjah peribadi pasal Anwar. Tajuk debat "Hari Ini Memerintah: Esok Minyak Turun" tidak sesuai untuk Shabery. Beliau lebih banyak mengungkit kisah lama, dan menggunakan isu yang sama bahawa minyak naik kerana mengikut harga minyak dunia. Dari segi kadar inflasi pula, beliau banyak membandingkan dengan negara yang harga minyaknya lebih rendah seperti Venezuale, Iran, Iraq dan lain-lain lagi. Pernyataan beliau itu banyak dimatikan oleh Anwar dengan hujjah-hujjah yang cukup bernas dan bertenaga.


Antara hujjah Anwar yang cukup melekat dihati rakyat ialah , jika kerajaan boleh berbelanja hampir RM13 bilion untuk menyelamatkan Perwaja kenapa kerajaan tidak boleh langsung untuk belanja hanya RM1 bilion untuk turunkan harga minyak sekitar 50 sen. Itu belum lagi dengan langkah kerajaan yang lain. Kenapa bila membantu rakyat dikatakan "subsidi" tapi bila membantu syarikat kroni dikatakan "bail-out", bila bantu golongan korporat dikatakan "insentif". Kenapa berlaku begitu? Anwar kecewa dengan istilah subsidi yang dikaitkan dengan bantuan untuk rakyat. Kenapa dibeza-bezakan oleh kerajaan?


Dalam pada itu, Shabery pula lebih banyak merapu dan tidak menjawab soalan yang ditanya. Hinggakan Zulkifli Sulong agak pening dengan jawapan beliau perihal kerajan menyelamatkan hampir RM4.2 bilion ketika minyak naik 30 sen awal tahun lalu. Janji kerajaan untuk menaiktaraf prasarana pengangkutan awam, tapi hanya sekitar RM700 juta sahaja yang digunakan sehingga kini. Maka apa lagi alasan dengan naik 78 sen dan kerajaan bakal perolehi keuntungan hampir RM13 bilion. Apakah lagi alasan kerajaan untuk membelanja wang sebanyak itu, jika sebelum inipun kerajaan sudah tipu rakyat bagaimana pula kali ini. Namun jawapan profesional yang dinantikan dari Shabery ternyata gagal. Hujjah beliau mengarut dan merapu. Banyak menghentam peribadi Anwar hingga sesekali Anwar menjeling tanda kecewa.


Banyak lagi hujjah lain Anwar yang ternyata memberi impak positif kepada rakyat dan Pakatan Rakyat. Maklumat yang diterima oleh Cucu ramai rakan-rakan dalam UMNO yakin dengan hujjah bernas Anwar. Mereka juga kecewa dengan Shabery yang tidak setaraf dengan jawatannya sebagai Menteri Penerangan. Maka itu, seperti yang dijanjikan Shabery harus meletak jawatan dan Pak Lah perlu mencari orang lain untuk mengambil alih jawatan tersebut. Itulah "cagaran" yang dibuat oleh beliau sebelum ini. Beliau bolehlah diistilahkan "syok sendiri" dan meraban semacam. Beliau langsung tidak fikir yang berada dihadapannya adalah golongan cendiakawan, profesional, terpelajar dan bangsawan. Mereka semua memandang sinis kepada kedangkalan hujjah Shabery Chek, si Menteri UMNO yang tidak sedar diri itu. Apapun kita nantikan apa pula cerita terbaru Anwar selepas ini.

Sekian terima kasih~ dari eiba*