(♥‿♥)
|
(“)_(“)
|
Wednesday, September 5, 2012
Kenapa perlu update FACEBOOK dgn DOA
Wednesday, August 29, 2012
Tuesday, August 28, 2012
Kalau lah AWAK faham....
Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya..saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga seperti awak..punya hati dan perasaan (✿◠‿◠)
Wednesday, July 18, 2012
Jari kita.. untuk kita (*^_^*)
Kisah emosi x berakhir lagi.. hahaha.. kita ni manusia.. sentiasa nak menuding jari kat org lain..bila ada salah sikit terkena kat batang hidung sendiri, mesti kata "sipulan tu memang x betul" "sipulan tu memang sengal" "sipulan tu yang buat jadi cam nie"
Semua tu jari yang menuding kat org lain.. konon nya nak bagi tahu seluruh dunia, yang dia yang terbaik.. Dia x der salah.. Dia terlalu sempurna & dia langsung tiada kesalahan.. Huh!! agak nya dia lupa..1 jari yang menuding kat org lain tuu.. sebenarnya 4 jari lagi menyatakan kita lah yang bersalah dalam hal itu...
Biasa kita akan kata "Whats Wrong With You" sesekali cuba tukar "What Wrong With Me" kita kaji kelemahan kita.. kita lihat ketaksempurnaan kita.. pasti hidup kita rasa bahagia.. tiada kata2 keji yang keluar dari mulut kita.. bertindaklah secara dewasa.. InsyaAllah.. ketenangan sentiasa menjadi milik kita.. :)
Wat sahabat ku.. aku doakan semoga kamu sedar.. setiap yang berlaku ada hikmah nya.. Allah berikan yang terbaik utk kita.. x perlulah menyalahkan org lain kerana itu adalah berpunca dari kelemahan kita sendiri.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. ^_^
~Eiba 18.07.12 - 8.27pm~
Tuesday, July 17, 2012
~ CINTA ITU INDAH ~
Apa yang aku nak katakan disini ialah tentang cinta yang terlalu indah. Bagi aku, perasaan cinta itu yang hadir dalam jiwa setiap manusia adalah kurniaan Allah yang terindah. Kasih sayang pada sesama manusia adalah tanpa sempadan. Sungguh kita terluka bila di kecewakan.. tapi bila ader sifat saling memaaf kan sesama manusia, segalanya akan jadi indah..
Tapi yang aku tak sangka, yang aku amat terkejut, bila seorang kawan yang ku kenali, yang dalam diam ku hormati.. dalam x di sangka.. dalam x di duga.. hanya kerana cintanya dia di lukai.. ia terus berubah sikap.. berubah berpusing ke 360 darjah. Adakah sudah hilang pertimbangan nya? Dari seorang yang penyabar.. penyayang, menjaga tutur kata.. rupanya itu lah rupanya yang sebenar bila teruji dengan perasaan. Malah dia di beri pilihan.. untuk mempertahankan apa yang dia ada.. atau di BAYAR untuk kehidupan nya.. rupanya dia memilih harga dirinya sebanyak RM****. Itu lah nilai dirinya.. & sungguh aku x menyangka.
Berbulan sebelum itu.. aku telah menemui nya.. dia menyatakan utk mempertahankan apa yang dia ada.. Apa yang dia miliki.. rupanya tekadnya itu hanya menutupi kelemahan nya.. & aku.. aku tertipu kerana mempercayai nya.. Aku terkilan.. kerana dia x pernah menghargai cinta yang ada dalam hati nya.. Kelemahan diri boleh di baiki.. tapi jika sifat tamak & materialistik menguasai jiwa.. Itu lah akibatnya.. Aku hanya mampu memerhati.. melihat dari jauh.. & aku dapat buat kesimpulan aku sendiri.. Yang aku sedang berkawan dengan siapa.
Buat "DIA" klu awak rasa itu yang terbaik untuk awak.. teruskan lah sikap awak yang sebegitu.. X der siapa nak halang.. juga x akan ada siapa yang akan ambil peduli. Jika dengan nilai harga diri awak.. hanya sekdr RM**** nilai sebuah kehidupan.. terlalu sedih.. awak x nmpak mana berlian mana kaca..Masa akan menentukan kebahagiaan kamu..
Apa yang aku nak nyatakan.. Biar apa pun.. di mana pun.. hak kita yang ada di gengaman.. pertahan kan lah.. selagi boleh.. wang bukan segalanya walau pun segalanya memerlukan wang. Jangan sebab wang kita jadi hamba dengan mengorbankan seluruh kebahagiaan kita.. aaarrrgggghhh.. biar lah.. Gud Nite alls.. (*^_^*)
Saturday, June 23, 2012
Saturday, June 16, 2012
HAPPY ANNIVERSARY - 11 THN (JUNE 2012)
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu
Friday, May 18, 2012
Aku & Mereka
Saturday, May 12, 2012
MENGANTUKNYA....
Perasan tak kalau satu orang menguap, orang lain pun ikut menguap juga ?
Penyelidik menyatakan dalam 40-60% orang yang tengok gambar orang menguap akan turut menguap. Kalau baca perkataan "Menguap" pun kadang2 boleh buat orang ikut menguap.
Bukan manusia saja yang menguap. Binatang pun menguap juga.
Kalau korang tengok kucing yang korang pelihara tu, boleh nampak kucing tu pun menguap.
Kenapa kita menguap ?
Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oxygen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berpikiran yang kita menguap kalau kita rasa bosan.
Kepercayaan orang dahulu kala
Ada juga terdapat kepercayaan yang berasal dari Greeks yang menyatakan kita mesti tutup mulut bila menguap untuk elakkan roh kita dari terlepas melalui mulut. Sesetengah orang pada zaman dahulu percaya bila seseorang tu menguap, dia akan ditimpa bahaya.
So kenapa menguap boleh berjangkit ?
Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan informasi itu disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang special yang menjadi aktif bila kita membuat sesuatu atau bila kita melihat orang lain membuat sesuatu lalu meniru aksi orang lain.
Selain daripada pengajian itu, penyelidik membuat teori bahawa kejangkitan menguap ini dapat menolong kita berkomunisai kita punya level of alertness kepada orang lain. Dengan itu, kita dapat coordinate masa tidur kita dengan orang lain.
Monday, May 7, 2012
Saturday, May 5, 2012
Thursday, May 3, 2012
Monday, April 30, 2012
Jika WANITA menanggis
Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
Jika kau membiarkannya pergi,
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
... kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Tuesday, April 24, 2012
JARAK ini...
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku yakin andai tiba saatnya nanti, aku akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku "
Saturday, April 21, 2012
ERTI CINTA
Assalamualaikum...
Hari ini Aku benar2 telah belajar apa makna cinta yang sebenarnya. Baru aku tahu yang cinta tak boleh diungkap kan dengan kata2 semata2.. kan? Bukan hanya dengan "I LOVE YOU" atau "SAYA CINTA AWAK" Aku juga baru tahu.. yang cinta tak boleh di ukir dengan janji2 yang manis semata2.. Cinta perlukan keikhlasan.. saling memberi & menerima.. kan awak?? Kan? Kita perlu ikhlas.. baru lah cinta itu indah.. Hiasi dengan kejujuran, kemurnian hati & keyakinan pada ketentuan jodoh kita.. tul x awak?
AWAK... hari ini juga saya belajar sesuatu yang baru, cinta itu perlukan pengorbanan.. walaupun sakit.. kita kena korbankan juga perasaan cinta kita itu demi org yang kita cintai kan? Kita berasa sakit.. tapi cinta kita bagitahu.. yang kita perlu lepaskn cinta kita itu untuk lihat org yang kita cintai itu bahagia kan awak?? Itu lah cinta sebenarnya kan? kan awak kan??
AWAK.. dengan cinta yang telah awak berikan pada saya.. telah banyak mengajar saya erti kekuatan hidup..Erti kesabaran & Erti berusaha.. kerana awak menyintai saya..Awak menerima saya walau saya dah banyak melukakan hati awak.. Kerana.. itu semua kerana saya tahu awak terlalu cintakan saya..
AWAK..saya tahu awak tak romantik macam orang lain... awak x suka kata2 yang manis2 saja.. awak juga tak pandai yang suwiitt..suwitt cam yang org pompuan selalu suka kan? Kan..? Tapi awak nak saya terima awak seadanya.. Yuuuppp... saya akan terima awak seadanya.. Kerana saya tahu hanya awak yang sanggup menYINTAI saya seumur hidup awak...
Thursday, April 19, 2012
Someone LIKE u
Tetiba sentap bila seseorang bagi link lagu nie.. nyanyian nya.. menyentuh jiwa.. Errr... buat awak tu.. saya respect pada persahabatan kita. InsyaAllah.. ia kekal jadi sahabat.. & bagi saya awak lah sahabat yang terbaik yang pernah saya ada.. dari zaman kita sekolah.. & awak sangat memahami saya.. thanks alot.. & saya da dapat Someone like you.. & dia lah yang di takdirkan terbaik buat saya..
Wednesday, April 18, 2012
Pergi lah...
Andai kau kembali kau milikku hakiki
Pergilah....
Andai kau menoleh kau hak ku abadi ...
Namun....
Dalam tangis ku panjat doa Agar ikatan tersimpul mati
Agar janji tetap terpatri
Tuhan...
Tabahkan hati dan nurani
Untuk menempuh tempoh sukar ini
Berilah rahmatMu Ya Ilahi
Agar cinta agung tetap disisi
Agar tasbih cintaku tidak berderai dihujung jari
Pada mu ku bersujud kesyukuran..
Terima Kasih pada kenangan..
Tuesday, April 17, 2012
Puncak Majlis 17.03.2012
Pelamin pengantin.. mmg cantik & i love it.. modern & simple.. cam nak naik lagii.. ahaks..
Silat pengantin dr pakcik cam tarian hindustan pun ada.. hehehehe..
Saturday, April 14, 2012
Akhir nya KEBENARAN itu ada..
Friday, April 13, 2012
Anugerah TERHEBAT
merungkai kata
dalam diam
menyata hasrat dalam desah
memintal rindu rebak di jiwa
jalinan indah di jaluran pelangi
sirna cahaya terlakar di hati
melirih resah mata terpejam
ku doa kekuatan kan memintal diri..
REWANG PART 2 (CITER X HABIS LAGI!!)
Selaku Manager bahagian rewang tgh bg arahan apa nak di lkukan seterusnya .. (muka terpaksa di blurkan) takut menyinggung.. uhuk..uhuk.. mak.. i lebiu... muuuwwaaahhh...
Thanxs pada semua rakyat jelata kg halaman yang sudi membantu di majlis yang telah berlalu.. Jasa kalian semoga Allah yang balas.. tu yg bestnya dok kat Kg.. semangat gotong royong & jiran tetangga yang baik & mengambil berat.. I love my Kampung...
Sebelah Jiwa ku
Best giller lagu nie.. menaikkan semangat.. Lagu Jac kebanyakkan nya penuh dgn motivasi.. Tahniah Jac.. i love ur song!!
Tuesday, April 10, 2012
Friday, April 6, 2012
Wednesday, April 4, 2012
Not bout MONEY
Pada awal nya aku langung x kisah.. sedikit pun tidak berkira.. Dari atas sampai yang bawah2.. Nak guna berapa? sikit sebanyak akan ku usahakan. Pernah sekali tu.. sampai nak gadaikan sesuatu yg sgt berharga.. tapi sebagai manusia.. x tergamak untuk ku ambil. Ku beri yang sepatutnya seadanya aku..Memang sedikit demi sedikit.. lama2 membukit jugak.. janji nak bayar semula.. tapi dah bertahun... errrr.. bertahun-tahun.. ehhh... berpuluh tahun.. hanya janji tinggal janji.. Bukan aku nak mengungkit.. tapi hutang tetap hutang... dengan si mati.. Yes.. aku da halal kan .. seikhlas hati.. tapi dengan si hidup? apa citer? Amik kesempatan atas alasan yang aku "MAMPU" hallllooowwww... kalau berjimat cermat, belanja ikut kemampuan.. InsyaAllah.. boleh lah menyimpan sikit2.. ini x.. belanja ikut rasa.. macam hidup tu untuk hari nie jer... x der simpan untuk esok!! Aku tak kisah pun!!
Kalau nak bagi tahu kebaikan aku.. rasa macam x patut.. tapi demi membantu.. aku bagi pinjam kete.. peeerrrggghhh... menyirap sungguh.. bukan nya nak jaga.. walhal utk maintenance kete tu.. bukan lah mahal sangat kalau di jaga.. di guna sebaik mungkin. Ini di lenjan..!! sampai jahanam kete tuuu... nak kata bangang.. boleh larr...memang x reti appreciate harta org! Da lar dia tu dapat keje aku yg rekemen.. tu lar manusia.. Kacang mudah lupakan kulit. Aku tak kisah lagi!!
Wednesday, March 28, 2012
Balik lah Awal - Ingatan utk AKU
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, “Oh maafkan saya, saya tak perasan” Katanya “Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara” Kami amat bersopan dan saling menghormati, Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya, Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda, Lewat petang, tika memasak makan malam, Anak perempuan kecilku berdiri di dapur secara diam-diam, Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku,
“Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku.
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik,
“Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,
“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,
“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”, “Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil” “Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak? Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak” “Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,
“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala, Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat? Tahukah anda makna
“FAMILY” ?
FAMILY =
(F)ATHER
(A)ND
(M)OTHER
(I)
(L)OVE
(Y)OU
“HARGAILAH KELUARGA ANDA