Wednesday, March 28, 2012

Balik lah Awal - Ingatan utk AKU


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, “Oh maafkan saya, saya tak perasan” Katanya “Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara” Kami amat bersopan dan saling menghormati, Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya, Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda, Lewat petang, tika memasak makan malam, Anak perempuan kecilku berdiri di dapur secara diam-diam, Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku,
“Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku.

Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku, Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik,
“Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,
“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,
“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”, “Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil” “Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak? Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak” “Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,

“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala, Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat? Tahukah anda makna
“FAMILY” ?

FAMILY =
(F)ATHER
(A)ND
(M)OTHER
(I)
(L)OVE
(Y)OU

“HARGAILAH KELUARGA ANDA

Monday, March 19, 2012

Pengemis Cinta



Arrrrggghhhh... teruja nya mendengar suara gemersik Ella nie.. isssskkk...
"Akan ku buktikan kepada mu"

Monday, March 12, 2012

Mula "Bekerja"

Apa yang pentinggggg.... Kerjasama..!!!

Tuesday, March 6, 2012

Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu



Tolong terus kan hidup..jangan sebut nama ku!!

Saturday, March 3, 2012

Rasa Nak Pecah

Da x kisah.. da x peduli.. aku nak lalui semua ini dengan selamba malas nak fikir dah.. serabut kpla hotak haku.. keje2 yang semakin menimbun..memerlukan komitmen yg tinggi. 1 org wat 88 keje.. nak itu.. nak ini.. nak layan kerenah pelanggan yang merungut x habis2.. dgn saleswoman yang x tahu hal sebenar.. bla..bla..bla.. main tembak sesuka hati.. xde wat homework than nak marah org.. memang sengal!!! ada api dalam setiap email yang di balas.. ada aku kisah!! Memang aku da x mo berkisah pasal hal ini.. senang kata " lantak lar.."
"Astagfirullahalazim...apa lah yang telah ku bebel kan..huhuhuhu...Ya Allah.. ampuni dosa ku.. Amin"