Saturday, March 28, 2009

Tanda Hadiah pada seseorang




JAM TANGAN... ... ... Tanda meningati setiap masa dan waktu. (Sampai laa nie masih pakai jam yg sama since 2001..aku yang setia...yeh..yeh...)

CINCIN... ... ... ... .Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG... ... ... ... .Tanda mesra

RANTAI LEHER ... .... .Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG... ... ... ... .Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT... ... ... ... ..Sentiasa mengambil berat dan prihatin.

PAKAIAN/KAIN... ... .Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG... ... ... ... .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta (Paling byk dpt hadiah cam nie..lagik2 dr Japan..kawan Eiba yg kat Japan tu sering bagi minyak wangi pelbagai bentuk...)

BINGKAI GAMBAR... ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU... ... ... .... ... Bersifat terbuka dan bertolak ansur

BUNGA... ... ... Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKLAT ... ... .. semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ... ... ... mengabadikan cinta

SEJADAH DAN AL-QURAN... ....tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat amiinn...

HANDPHONE... tandanya... . kau jangan cube lari dr aku!!aku akan cari ko sampai jumpe melaenkan ko dah xde crdt xpon batry empty.. (Hik..hik...TB Hadiahkan Eiba HP 2 x, tapi dua2 x dapat kekal lama kat tgn..last2 belik sendirik..)

HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!

MASUK MEMINANG... ... tandanya dia serius dan betul2 seriuss..! pada kamu..!!

Thursday, March 26, 2009

Tag dari Kak Izan

Tag dari Kak Izan nie... lebih tanya pasal pasangan kita...
Waaahhhh nak kaji selidik lah nie...
Di sebabkan eiba nie bukan artis...
Maka jawapan eiba bukan lah "no comment"
or "rahsia peribadi" so..check it out...



1. When was your engagement?
hmmmmm.... 31st Dec. 2000. (Tak mo lama2)

2. When is your marriage anniversary?
setiap 31st May, 1st June & 2nd June (3 hari)

3. How long have you known your spouse?
Before married??? Tak lama beberapa bulan saja...Dah suka sama suka..ape lagik..."Jom kita mendirikan masjid, membina mahligai impian bersama"

4. How long did you date before you got engaged?
3 bulan...sudah cukup untuk belajar mengenali..lama2 kang..sendirik mau ingat laaa...

5. Where did you meet your spouse?
Dalam Bas!! Pertemuan yang tak pernah di duga...(Eiba tgh nanggis masa tuu...Romantik lah my hubby time tuu...kih..kih..kih...)

7. Do you have any children?
Alhamdulillah...melengkapi kehidupan, menjadikan Eiba benar2 wanita..thanks my dear..

8. How many?
Ehh...sama ngan kak Izan..I got sepasang gaks...Seorang hensam boy ngan pretty gurl..

9. Do you have any pets?
Tak suka!! Layan anak2 ngan TB lagik best...!!

10. Do you own or rent?
Alhamdulillah...masih pinjam ngan bank..ntah bila nak langsai..dah nak pengsan dah...

11. Do you live in the country, city/town?
Eiba??? Orang kg...Lubok Lagik..dan byk ikan sepat (Ehhh..ader ker ayah???)

12. What is your favorite activity you do together?
2gether??? Suka pi beach..mandi laut x hengat dunia...Eiba suka terlentang kat laut ngadap matahari..dan TB jadi penjaga...kang eiba hanyut kang...

13. Do you have a favorite vacation spot?
Paling suka pi Batu layar...(Mula2 dating kat situ laaa...hehehehehehe..)

14. How many siblings do you have including in-laws?
baper yerk....??? Eiba ader 5 then TB ader 4 = 9 (kalau x silap laaa...ramai laaa...)

15. What mosque do you attend?
Surau Taman Mawar..setahun sekali pegi...tu pun bila bulan ramadhan..Solat terawih..

16. Is this the mosque you got marrried in?
Nikah??? Nikah kat masjid Jamek Kg Lubok Sipat...Siap pakai mic. lagik..satu kg bagi dengar akad nikah...glamer kejap bila nama ku di sebut ulang...kih...kih..kih...

17. What town is your current address?
No 3, Jalan Mawar 39,

18. Do you work or stay home?
Kerja kat opis ngan kerja gaks kat rumah...Banyak keje woo kat rumah...x habis2!!

19. Where did you go for your honeymoon?
Honeymoon??? After married memula pi Pulau tioman-Perhentian Salang, then pi Langkawi..cuti kawen lama..amiks 3 minggu..saja nak seronok sakan...Sib baik TB layan jerr....

20. Leave a piece of marriage advice
Percaya, menghormati, keikhlasan dan terima lah seadanya..dengan kesyukuran..(maner ader yang perfect kan???)

21. Nak tag sapa yer..
Bab nie..memang best....
Eiba nak tag.....

1 . Kak Ina
2. Mak Su
3. Ela -Qatar
4. Ibnurashidi
5. Dayang

Monday, March 23, 2009

10 Tips Menolak Cinta Sahabat Karib

Buat adinda Hysman, yang katanya tak sanggup terima sahabat baik sebagai kekasih...
Kekanda nak bagi tips untuk menolaknya k....




1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU”

"Kadang2 kita akan lebih memahami hati seorang sahabat dari hati kekasih kita sendiri.. Tepuk dada tanya hati k....."

Saturday, March 21, 2009

.....Bila Kawan Jadi Kekasih.....



"Jauh di sudut hati, terasa betapa indah memujanya."

Namun siapa yang dapat merasakan cuitan hati jika tidak terluah dek kata-kata?Yang menjadi masalah, mampukah ia terungkap jika orang yang diminati dan sering menjentik perasaan ukanlah orang lain sebaliknya sahabat baik sendiri?

Bertahun menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, rakan setia yang sanggup bersusah bersama dan bergembira di saat anda mahu meluah segala suka-duka, kini segalanya berubah.
Jantung bagai disentap apabila bertembung dengannya bahkan tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar dan jatuh cinta tanpa disedari apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yang dijalin.

Jika dulu, anda menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman paling setia mendengar masalah, kini lain pula situasinya.Sahabat yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa.

Persoalannya, adakah hubungan akan berjalan dengan lancar jika bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti anda? Adakah anda harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?

Apabila dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam perhubungan. Sekiranya khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan perasaan saling membenci, anda harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Pro
* Anda harus menyukai seluruh peribadinya. Perlu juga tahu perubahan hatinya, perkara yang membahagiakannya jika menjalin hubungan cinta dengan anda dan perkara yang perlu dihindari.

* Anda sanggup menempuh suka dan duka bersama tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dulu.

* Anda mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, anda seharusnya mempunyai nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua pihak.

Kontra

* Memandangkan anda berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, tiada lagi hal yang boleh membuatkan anda perlu bertanya. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.

* Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat, tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.

* Sikap seperti cemburu dan syak wasangka melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dulu hanya seorang teman biasa.

* Sebagai sahabat, hubungan anda berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Anda akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik.
Siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan anda?

Dari segi pro dan kontra yang disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa anda ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.Anda berasa sudah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya berubah.

Terdapat juga risiko yang harus anda hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan.
Jangan luahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.

Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya.Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Anda tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap anda sekiranya anda takut untuk cuba bertanya sendiri.

Apabila anda berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan.
Siapa tahu kan??? "Cinta tak akan hadir jika kita tidak mencari"

So...Selamat bercinta sepanjang usia selagi hayat ada, kerana cinta itu terlalu suci dan murni....

Thursday, March 12, 2009

Selamat Hari lahir Sayang (12 March 2009)

Selamat Ulang Tahun Mohd Akmal Hazman..Yang ke tujuh..
Semoga terus maju jaya...

BIRTHDAY



Selamat Ulang tahun yang ke tujuh sayang... Ibu & Ayah doakan agar Abang jadi anak yang baik, yang Soleh dan mampu menjalani hidup ini dengan baik. Diberkati Allah dan sentiasa dalam lindungan Nya...





Abang kata nak makan pizza, pastu nak makan chicken chop...uiiksss...Terpaksa minta dia decide nak makan yang mana. Last2 dia pilih makan chicken chop...hehehehehe Pizza hut depan jer ngan Latios Restoran nie...





p/s - Thanks untuk "Ayah" sebab belanja we all makan2 kali nie...(Biasa pun ayah belanja kan??? Hik..hik... ) But Ayah jangan lupa..hadiah untuk akmal ayah tak beli lagik... Ayah dah janji nak belikan dia PSP kan??? K laaa...kita share 50-5o...so cemana??? Setuju????

Wednesday, March 11, 2009

...Warkah duka untuk.......

Mendapat satu email yang difowardkan pada Eiba, rasa terharu pula... Bukan untuk apa, sekadar berkongsi rasa pada pembaca...Apa jua penilaian..tepuk dada tanya hati... Kita ada keluarga sendiri, jadi.....(isskkk..issskkk...isskk...rasa sebak pula...)


Warkah Duka Buat Adik Nurin

Menemui Allayaramah adinda Nurin Jazlin yang kini berada di alam barzah, semoga berada di dalam keadaan yang sihat ceria dan senantiasa di bawah kasih-sayang Ilahi.

Tujuan abang menghantar warkah ini kepada adik adalah sekadar untuk bertanya khabar dan
mengimbau kenangan sepanjang adik meninggalkan abang dan rakyat Malaysia. Hari ini,
hampir 555 hari adik meninggalkan abang dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian. Namun, tahukah adik bahawa sepanjang tempoh itu pihak polis masih tidak dapat mencari siapa pembunuh adik. Licik sungguh pembunuh sadis itu sehingga polis-polis
Malaysia yang terkenal kerana kecekapannya menangani kes-kes yang berprofil tinggi dipermain-mainkan begitu sahaja.

Namun, adik jangan sesekali menyalahkan pihak polis di atas kegagalan ini. Pihak polis tidak bersalah. Mereka ada banyak kerja. Terlalu banyak dik. Untuk pengetahuan adik, semasa pilihanraya P36 Kuala Terengganu baru-baru ini hampir 6000 orang polis dikerahkan semata-mata untuk mengawal keadaan di sana. Itu angka yang rasmi. Yang tidak rasmi dengarnya melebihi 10000. Sebab itulah mereka tidak dapat fokus untuk kes adik. Lagipun mereka dibayar gaji oleh kerajaan. Bukan adik yang membayar gaji mereka. Sebab itulah mereka perlu berkhidmat untuk kerajaan.

Nanti akan ada pilihanraya kecil lagi selepas ini. Pihak polis akan menjadi sangat sibuk sampai hendak makan pun tidak sempat. Pihak polis juga perlu sentiasa memantau dan mengepung ceramah pembangkang dik. Yalah, pembangkang kan jahat. Suka merusuh. Husam pun kuat merusuh. Sebab itulah ramai polis mengepung dia semasa dia ceramah baru-baru ni. Teruk betul pembangkang ni kan dik.

Pemuda yang kena tembak dari jarak dekat oleh polis di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dulu pun jahat dik. Adik nak tahu apa kesalahan dia? Dia takbir kuat sangat masa dengar ceramah. Mana boleh takbir kuat-kuat. Mengganggu ketenteraman awam. Sebab tu polis tembak dengan peluru hidup sampai tembus ke paru-paru dia dik. Sepatutnya pemuda tersebut kena julang 'keris telanjang' dan jerit 'Hidup Melayu' macam dalam Perhimpunan Agung Perasuah. Barulah membawa keharmonian antara kaum di negara kita dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Polis pun senang hati. Pembangkang ni ada-ada saja. Tak habis-habis.
Adik pernah jumpa tak kawan adik kat sana yang bernama adik Haserawati Saridi. Dulu dia berusia 9 tahun. Dia murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Tobobon. Adik tau tak Haserawati ditemui mati di kawasan semak semasa nak pergi ke sekolah dia di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu. Polis kata dia dibunuh dan dirogol juga. Kesian dia dik. Pernah tak adik jumpa dia?

Seorang lagi nama Siti Nurliyana Shamimi Rosdi. Adik pernah jumpa dia? Siti Nurliyana baru berusia 2 tahun dik. Dia telah diculik, dirogol dan dibunuh pada 6 November 2002 dan telah dijumpai dalam keadaan bogel jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Kalau adik nak tahu terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras. Dahsyat betul kan penjahat tu. Tapi abang tak pasti jika pihak polis dah jumpa dan tangkap penjenayah tu.

Adik sempat kenal tak dengan adik Nurul Huda Abd Ghani.. Dia murid tahun 4. Dia pun menjadi mangsa kerakusan manusia. Kalau adik nak tahu, Adik Huda dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004. Kisah ini begitu menyentap sanubari penduduk Malaysia sehingga semua orang bising. Kemudian, lama-kelamaan semua senyap kembali seperti sedia kala.

Sebenarnya dik banyak lagi kes kanak-kanak hilang dan menjadi mangsa keganasan manusia yang berhati binatang. Adik Sharlinie, adik Asmawi, dan banyak lagi kanak-kanak yang hilang belum dijumpai. Abang terfikir dalam kes kanak-kanak ni kan, sebenarnya yang bersalah adalah adik dan rakan-rakan adik tu.

Kenapa? Kerana adik dan rakan-rakan adik yang menjadi mangsa bukan dari kalangan anak-anak pak menteri, dato', datuk, tan sri, tun dan banyak lagi pembesar. Sekadar anak orang biasa, marhaen kata orang. Buang karan sahaja dik. Jika adik dan rakan-rakan adalah anak-anak pembesar negara, pasti bergegas dan bertungkus-lumus pihak polis itu.

Adik nak tahu tak masa kes adik tengah hangat dulu, Kementerian Wanita dan Keluarga cadang supaya gubal akta untuk mendakwa ibu-bapa yang dikatakan cuai sehingga anak mereka diculik dan hilang. Ketua bapak polisi negara pula kata undang-undang itu telah lama wujud. Cuma tidak dipraktikkan. Ketua bapak polisi pernah berkata "jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, ibu bapa mangsa boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak".

Senang kan menjadi pembesar. Hari-hari duduk mengangkang dalam bilik selesa dan berhawa dingin, gaji + elaun yang halal sahaja sudah menjangkau berpuluh-puluh ribu, menikmati segala kemudahan, tetapi apabila timbul permasalahan, dengan senang hati mereka memberikan cadangan sekadar untuk melepaskan diri. Semua mahu cuci tangan. disebabkan harga minyak naik menggila dulu. Yang naikkan harga minyak tu Adik tahu tak sekarang barang-barang keperluan semakin mahal. Semuanya orang gila juga. Sekarang, apabila harga minyak turun, harga barang-barang tidak turun. Kekal mahal macam biasa. Ibu-bapa yang mempunyai banyak tanggungan terpaksa bekerja lebih masa dik. Ada yang terpaksa membuat 2 kerja dalam satu masa. Jika tidak macam mana mereka mahu menyara anak-anak mereka. Ini juga menyebabkan ibu-bapa tidak sempat untuk memantau anak-anak. Institusi keluarga semakin terabai. Jadi, adik rasa siapa yang bersalah?

Oh, yang terbaru rakyat Malaysia dapat hadiah lagi. Barangkali hadiah kerana Perak berjaya 'ditawan'. Hadiahnya tol naik 33%. Pembesar yang sedap mengangkang dalam bilik berhawa dingin tadi pasti akan berkata "kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil". Adik rasa harga barang akan naik tak dengan kenaikan harga tol ni. Entahlah, adik fikirlah sendiri ye.

Adik tahu apa itu PLKN? Program Laknat Kacau Negara? Eh, bukan. Adik silap tu. PLKN tu Program Latihan Khidmat Negara. Sudah ramai generasi muda daripada rakyat marhaen Malaysia meninggal dunia semasa mengikuti program tu. Yang perempuan ada dirogol. Cuba adik sebut nama-nama anak pembesar negara yang pernah diwajibkan ikut PLKN. Abang pun kurang ingatan di situ. Mungkin kerana abang dah tua. Lagi satu jika adik adalah artis di Malaysia, adik boleh tangguh pergi PLKN tau. Lebih-lebih lagi jika yang jelita dan seksi. Mungkin kerana terikat dengan penggambaran dan persembahan, maka kerajaan beri kelonggaran kepada mereka. Baik betul kerajaan kerana tidak mahu mengganggu periuk nasi rakyat mereka.
tangguh.

Tapi jika adik adalah Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, Sebab apa? Sebab Ahmad Hafizal orang miskin. Dia tidak popular. Kerja pun tidak glamor. Sekadar bertani dan bersawah di bendang untuk membantu ibunya yang bekerja sebagai pembantu tadika dan adik-adiknya yang masih kecil di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis. Ayah dan ibunya dah bercerai. Jadi, dialah yang perlu membantu ibu dan adik-adiknya. Dia didapati bersalah dan diberikan pilihan samada membayar denda RM600 atau masuk penjara 14 hari. Tapi Ahmad Hafizal pilih 14 hari penjara. Dia pilih penjara bukan kerana di penjara ada Mc Donald dik. Bukan begitu. Ahmad Hafizal pilih penjara kerana dia tidak mampu membayar denda tersebut.

Bagaimana Ahmad Hafizal nak bayar denda tersebut, untuk tambang ke mahkamah pun dia tepaksa pinjam duit orang. Ahmad Hafizal hadir ke mahkamah pun tanpa diwakili peguam bela. Siapa nak bela orang miskin yang tiada duit. Menghabiskan beras sahaja dik. Tu belum kes seorang budak muslim yg berserban kerana mengikut sunnah SAW tapi bagaimana nasib malang yg menimpa dia???

Begitulah nasib marhaen di Malaysia. Sebab itu ramai yang nak jadi
artis. Boleh jadi kaya. Ada yang masuk Gangstarz, Akademi Fantasia, Once In Million, Audition, My Starz LG, dan banyakkkkkk lagi. Jalan pintas syurga dunia.

Rasanya sudah terlalu panjang abang mencoretkan tinta buat adik. Abang rasa cukuplah setakat ini dulu. Jika ada masa lapang nanti abang akan bercerita lagi dengan adik. Abang doakan adik berbahagia 'di sana', insyallah.......




Eiba sekadar berkongsi cerita dari beratus email yang Eiba terima. Jauh sekali prajudis ngan kerajaan kita..yerlah..dimana langit dijunjung..disitu bumi di pijak..Nak buat cemana kita nie diibarat kan timun..mengelek kita terluka di gelek pun berdarah juga... Pe pun just enjoy this n3 yaa...

























































































Friday, March 6, 2009

Most Best Pictures 2008 (To me laaa...)

Di sebabkan selalu sangat tgk pics dengan menggunakan kerjasama pakcik goggle, maka Eiba dapat buat kesimpulan yang pada tahun 2008..Eiba kagum sangat pada yang amik pics ini.... Bagi Eiba pics2 nie semuanya amazing picture laaa...















Yang ini Eiba paling suka...cute sangat..nampak tapak kaki baby.. (adduuhhh..tetiba rasa nak mengandung lah pulak....hehehehehehe...Ohhh tidakkkkk!!!!)

Bagi yang tengah pregnant...pastikan u all dapat snap pics like this..best kan???

Thursday, March 5, 2009

Tag 3 for 5 from MarladyD

Tag nie eiba dapat dari MarLady D...Lama dah Eiba KIV hehehehe..penyakit M dah menjadi2 lately...so semuanya serba susah....


## tanda-tanda anda....

1. sedang sukahati
Sukahati??? Eiba akan bertambah rajin contohnya Eiba akan kemaskan pokok2 bunga, basuh kolam, kat rumah pastinya akan kelihatan bersih....

2. sedang marah
Marah??? Eiba diam diri jer...Tak cakap ngan sesapa...tido lah apa lagikk...

3. sedang bosan tahap maxima
Bosan ??? Eiba akan cuci toilet...(sesuatu yg paling sukar eiba nak buat...boley muntah..hik..hik..hik..) Sebab tu eiba jarang bosan..pasal ader saja yang sudi menemankan...(sapa tuuu????)

4. sedang cemburukan 'sesuatu'
Soalan nie paling nyampah... Satu jer mender yang buat eiba cemburu sangat...Tapiii....biarlah..."dia" kata 'Apa yang berlaku biar kita saja yang tahu..kita saja yang rasa' (Biarlah rahsia...)

5. sedang rindukan 'sesuatu'
Rinduuu??? Soalan nie ader kaitan ngan no. 4...so still keep on my secret...hahahahahahaha....

##kenapa anda....

1. rasa cemburu??
Cemburu ??? Standard lah manusia kan...kdg2 x der sebab pun cemburu...Eiba cemburu kalau "dia" x layan Eiba...huhuhuhuhu...

2. rasa marah??
Punca Eiba marah...??? Kalau orang terlalu busybody...asik dok selak kain orang...Muak laaa...x suke..!! X suke..

3. senyum2
Sejak lahir lagi mak kata Eiba memang mudah senyum..pada sesapa pun...org senyum kat kita..kita balas lah dengan senyuman.. Kan senyuman itu penawar kedukaan dan kesakitan...?? Tul Tak..???

4. rasa bersalah
Eiba akan mudah rasa bersalah bila tak dapat penuhi permintaan orang yang eiba sayangi...Rasa ralat sangat...

5. rasa mengantuk tahap gaban
Kenapa eiba ngantukkk??? Kalau time keje pas lunch mesti ngantuk...Kalau malam tu kan time tido...memang lah ngantuk...hik..hik..hik..
##reaksi anda bila...

1. sedang marah
Diam dan diam dan diam dan diamm.....sampai kemarahan itu reda sendiri...

2. terasa malu teramat sangat
Kalau malu ??? Hik..hik..hik...tersenyum sendiri jer lah kot...kih..kih..kih..

3. tak dapat tidur
Eiba x dapat tidur???? Ya Allah...mimpi ngeri tuuu...Eiba senang tido laaa...pantang di peluk hahahahahaha..mudah saja eiba terlena...

4. ternampak ehem berjalan dengan ehem2
Nie yang buat haku jeles!!! Maner boleyyy...!! Nak kena sebat buntut tuuu...Waccchhaaa...!!!

5. keseorangan
Seorang??? Istilah seorang x der dalam kamus hidup...Ader family ader anak dan orang yang dikasihi sentiasa di sisi...fffuuuhhh...
##5 falsafah anda..
1. Bersabar selagi mampu...
2. Diam bukan beerti lemah tapi mengatur strategi untuk tewaskan..
3. Mencari biar berpada, berpegang tetap pada yang satu..
4. Berusaha, yakin dan tawakal biar seiring jalan..
5. Biarlah bermimpi, asalkan ia membahagiakan hidup mu...

Dengan Bangganya..Eiba nak sebarkan Tag ini untuk kawan2 Eiba yang selama ini menyokong blog Eiba...Harap2 dapat luangkan masa buat yaaa....

1. Manje (Kawan baru nihh...)
2. Mar (Muke dia cam my sister..sekali pandang laa...)
3. Hysman (Adik cute niee..)
4. Nuha (Baru kenal gaks..)
5. White Tulip (cantik bunga niee...)