Tuesday, July 29, 2008

Sad But True


Sedeyyy sangat sekarang..sungguh rasa down sangat, semuanya jadi tak terurus, rasa lemah seluruh badan, hati dan jiwa. Entah di mana kedamaian yang di damba, entah kenapa hati meronta, sebab kerjakah atau...arggghhhhh...hati ini...masalah yang melanda tiada siapa yang mampu mendengar keluhan hati ku, teringin untuk berkongsi, namun apakah daya, jika ia adalah sesuatu yang pahit yang perlu di telan...arrggghhh...teman..bisakah kau mengerti hati ini, kerana..........??????



Atas sebab2 tiada ketenangan jiwa dan hati, maka ku pohon maaf pada semua teman2 blogger, teman2 chatter, sebab untuk minggu ini dan mungkin hingga minggu depan (bergantung pada hati..) Eiba tak dapat nak entry apa2 pun, nak merawat hati yang gundah..mudahan Allah beri petunjuk dan eiba dapat hidayah darinya...arrrggghhh...really feel so sad....!!!


Saturday, July 26, 2008

Friday, July 25, 2008

Tempat Baru Ku - Privacy sungguh!!

yEYYeeeee...Pindah tempat duduk baru, ada kawan2 yang ramai, tak derlah ngadap betul2 muka boss yang konon nya macho tuuu...dah lah dalam director room tu ader 3 boss...kalau semua masuk..haru sungguh...kelam kelibut rasanya.. Kat sini lebih aman...ada partition lagi...kalau tido pun boss tak perasan...hik..hik..hik... Thanks my boss...faham hati iniiii....Yeeehaaa.... assyyiikkk.....





Mereka layak menikmatinya

Thursday, July 24, 2008

Malas Masak....

Trrruutttt...trrruuutttt...ttttrrrruuutttt....(bunyik telefon..)

Eiba : Aling, aci tak kalau x payah masak ??
TB : Kenapa lak?? Sakit?? Perut sakit lagi???
Eiba : Tak lah..
TB : Abis napa?? Lauk dah habis???
Eiba : Tak juga...tapi agak letih lahhh...
TB : Ok tak per lahh...nanti aling masak balik rumah nie yer...
Eiba : Aling nak masak???
TB : Yerlah..kuarkan lah apa yang ada, kalau susah sangat goreng telur ajer...
Eiba : Ok lah kalau cam tu... ayang nak balik nie, nak singgah isi minyak dulu,
so balik kul berapa??
TB : Cam biasa lah, dalam kul 8 malam.
Eiba : Ok lah...hati2 yerrr...byyeee..Assalamualaikum...
TB : Waalaikumusalam, hati2 bawak kete, jgn nak laju sangat ingat pada yang
tersayang..
Eiba : Wokeyyyy....

(klik..telefon di tamatkan)

Dalam perjalanan balik tu terfikir semula, kesian lak kalau TB masak. Dah lah dia keje penat..addduuuhhh..dia bukan suka sangat makan kat luar nie...alamak...nak masak apa lah niee...pening..pening...

Tengok muka anak2, apalah nak di masak kali ini, last2 kuarkan telur puyoh ngan sayur yang tinggal tak berapa kerat tu...campurkan ajer lahhh..dan akhirnya...ini sajalah yang mampu di sajikan untuk keluarga tersayang....



Sayur campur ala-ala chap chai...actually cincai...hik..hik...



Telur puyoh masak sambal, langsung tak pedas, harap kaler jer merah..lada tu memang tak pedas langsung...tu lah beli yang dah giling punya pasal, maklum nak cepat kan...huhuhuhu..


Tuesday, July 22, 2008

Monday, July 21, 2008

Happy Besday adik - 19 July 2008



Selamat Hari Lahir buat adik yang tersayang yang ke 3 tahun.
Semoga di panjangkan usia dan menjadi anak yang Solehah.



Makan Kek ...Fresh cream request by adik sendiri




Sambutan besday adik kat Pizza Hut Kompleks Pasir Gudang



Adik potong Kek besdaynya dengan TB..siap baca doa lagi..
Adik pandai baca doa makan jerrr...



Abang yang joint sekaki untuk tiup Lilin besday adik..hehehehehehe...



First pose sebelum tiup lilin besday adik...Just enjoy adik...
Present untuk adik..this week kita beli yerr...maaf sebab tak sempat
beli present untuk adik...




Friday, July 18, 2008

Yang sudah nyata

Sudah terang lagi bersuluh, rasanya dan seharusnya, Menteri Penerangan YB Dato' Ahmad Shabery Chik, meletak jawatan dengan megemukakan surat perletakan jawatan, dalam masa 24 jam ini.

Anda telah tewas KO, Knock Out.


Sudah dikhabarkan sejak awal – awal lagi, DSAI bukanlah lawan, regu dan saingannya.

Tidak lah diketahui, siapakah yang menghasut beliau supaya menyahut cabaran debat, anjuran Agenda Daily tersebut.

Seluruh pimpinan Kerajaan UMNO/BN menanggung aib dan malu yang besar di atas KEKALAHAN dan KEGAGALAN beliau dalam berdebat, berhujah dan mengemukakan fakta, bukti dan angka.

Sebaliknya, apa yang terjadi beliau hanya menyerang peribadi DSAI sahaja.

Secara prinsip dan moralnya, tanpa perlu didesak untuk meletak jawatan, beliau secara tegas dan tetap dengan pendirian, mesti meninggalkan pejabatnya di Bangunan Angkasapuri, dalam masa 24 jam.

Tidak perlulah beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, untuk mempertimbangkannya , samada menerima atau menolak perletakan jawatan tersebut.

Selepas dariapda ini, rakyat tidak mahu beliau memberikan sebarang alasan, dalih, hujjah, komen dan sebab, bagi tidak meletak jawatan.

Alasan apakah lagi yang beliau cari selepas ini ? Sama – sama kita tunggu dan lihat.



RUMUSAN, hujah DSAI

  • Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
  • Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
  • Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
  • Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
  • RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kim
  • RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
  • Maka selesailah masaalah

LAIN – LAIN HAL

  • Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
  • Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI' IMF.
  • Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
  • Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.

AHMAD SHABERY

  • Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN"
  • Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
  • Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan

TAMBAHAN SIKIT

  • Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi

Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.


Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

  • Zukifli Sulong

Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?

NOTA

  • DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat – singkatnya
  • Adakah di Permatang Pauh ?

Kesimpulan yang rakyat semua dapat :-

Maka berakhirlah bicara diskusi atau debat yang selama ini dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia selama ini. Biarpun ada yang menjangkakan ia akan dibatalkan atau tidak dibuat secara langsung. Namun semuanya kini menjadi kenyataan. Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan UMNO , Shabery Chek telah disiarkan terus menerus selama satu jam iaitu kurang dari jadual asalnya.
Pengantara popular Johan Jaafar sekali lagi dipilih untuk menjadi hos rancangan berkenaan. Tahniah diucapkan kepada Johan Jaafar yang lebih nampak profesional pada kali ini. Alhamdulillah, tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Debat yang dibahagikan kepada beberapa segmen itu turut menampilkan wakil masing-masing iaitu Nordin Kadri untuk Shabery dan Zulkifli Sulon dari Siasah untuk Anwar. Biar pun masa yang diambil untuk kedua-dua pendebat agak pendek dan terlalu cepat namun jelas dapat dilihat kewibaan terletak kepada mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Benarlah kata beliau sebelum ini Menteri UMNO itu tidak layak untuk berdebat dengannya. Beliau lebih rela berhadapan dengan Pak Lah dan Najib, daripada budak hingusan seperti Ahli Parlimen Kemaman yang tidak sedar diri itu.

Banyak soalan dan kenyataan merapu telah dikeluarkan oleh Shabery. Anwar beberapa kali menempelak beliau kerana lari dari tajuk dan membuat hujjah peribadi pasal Anwar. Tajuk debat "Hari Ini Memerintah: Esok Minyak Turun" tidak sesuai untuk Shabery. Beliau lebih banyak mengungkit kisah lama, dan menggunakan isu yang sama bahawa minyak naik kerana mengikut harga minyak dunia. Dari segi kadar inflasi pula, beliau banyak membandingkan dengan negara yang harga minyaknya lebih rendah seperti Venezuale, Iran, Iraq dan lain-lain lagi. Pernyataan beliau itu banyak dimatikan oleh Anwar dengan hujjah-hujjah yang cukup bernas dan bertenaga.


Antara hujjah Anwar yang cukup melekat dihati rakyat ialah , jika kerajaan boleh berbelanja hampir RM13 bilion untuk menyelamatkan Perwaja kenapa kerajaan tidak boleh langsung untuk belanja hanya RM1 bilion untuk turunkan harga minyak sekitar 50 sen. Itu belum lagi dengan langkah kerajaan yang lain. Kenapa bila membantu rakyat dikatakan "subsidi" tapi bila membantu syarikat kroni dikatakan "bail-out", bila bantu golongan korporat dikatakan "insentif". Kenapa berlaku begitu? Anwar kecewa dengan istilah subsidi yang dikaitkan dengan bantuan untuk rakyat. Kenapa dibeza-bezakan oleh kerajaan?


Dalam pada itu, Shabery pula lebih banyak merapu dan tidak menjawab soalan yang ditanya. Hinggakan Zulkifli Sulong agak pening dengan jawapan beliau perihal kerajan menyelamatkan hampir RM4.2 bilion ketika minyak naik 30 sen awal tahun lalu. Janji kerajaan untuk menaiktaraf prasarana pengangkutan awam, tapi hanya sekitar RM700 juta sahaja yang digunakan sehingga kini. Maka apa lagi alasan dengan naik 78 sen dan kerajaan bakal perolehi keuntungan hampir RM13 bilion. Apakah lagi alasan kerajaan untuk membelanja wang sebanyak itu, jika sebelum inipun kerajaan sudah tipu rakyat bagaimana pula kali ini. Namun jawapan profesional yang dinantikan dari Shabery ternyata gagal. Hujjah beliau mengarut dan merapu. Banyak menghentam peribadi Anwar hingga sesekali Anwar menjeling tanda kecewa.


Banyak lagi hujjah lain Anwar yang ternyata memberi impak positif kepada rakyat dan Pakatan Rakyat. Maklumat yang diterima oleh Cucu ramai rakan-rakan dalam UMNO yakin dengan hujjah bernas Anwar. Mereka juga kecewa dengan Shabery yang tidak setaraf dengan jawatannya sebagai Menteri Penerangan. Maka itu, seperti yang dijanjikan Shabery harus meletak jawatan dan Pak Lah perlu mencari orang lain untuk mengambil alih jawatan tersebut. Itulah "cagaran" yang dibuat oleh beliau sebelum ini. Beliau bolehlah diistilahkan "syok sendiri" dan meraban semacam. Beliau langsung tidak fikir yang berada dihadapannya adalah golongan cendiakawan, profesional, terpelajar dan bangsawan. Mereka semua memandang sinis kepada kedangkalan hujjah Shabery Chek, si Menteri UMNO yang tidak sedar diri itu. Apapun kita nantikan apa pula cerita terbaru Anwar selepas ini.

Sekian terima kasih~ dari eiba*



Wednesday, July 16, 2008

Makan malam tadi



Makan Malam yang simple ajer, hari2 macam nie lah..nak buat yang heavy2 memang tak der masa punya. TB balik kul 8 so terpaksa berkejar masa sikit, mujurlah TB nie tak banyak songeh bab2 makan..telur goreng ngan ikan bilis goreng pun jadik..senang sungguh nak bela. Anak2 pun tak kisah, nasik ngan kicap pun ok...(nampak sangat pemalas kan..) hehehehehheehhehe..









Tempat Ku Bekerja



Ini lah tempat sepanjang 9 jam eiba menghabiskan masa dari 8.30++ ke 5.30 sharp on time..memang seronok, tapi sometims busy tahap melampau...huh..namanya kerja kan..kena redha saja dan lakukan seikhlas yang boleh, pasti Allah akan membalasnya..


Tuesday, July 15, 2008

Adik dah pandai pakai tudung..




Adik nie sentiasa nak pastikan dia comel, boleh nanggis kalau orang kata dia tak comel or cantik...ahhh adik..semoga jadik anak yang solehah dan abang jadi anak yang soleh..amin..

Nasi Ayam lagiii




Nasi ayam Percik, makan malam kami sekeluarga, Semoga insan yang tersayang dapat menikmatinya penuh rasa...

Saturday, July 12, 2008

Friday, July 11, 2008

Hidangan Pagi



Mee Goreng ini requested dari seseorang yang eiba sayang, letak udang dan sotong, tak begitu pedas untuk anak2 makan, dan ternyata adik dan abang suka kanya..cuma buat insan yang tersayang tu, lum ader rezeki lagi nak merasa masakan eiba. Nanti datang lah rumah nya, kita makan sama2 apa saja yang awak nak makan...

Berbudi Pada Tanah

Berbudi pada tanah memang tak pernah rugi. Tapi tanah yang sekankang kera nie lah kena jaga. Kat luar rumah lak tu, senang2 jer kena kebas dek orang. AlHamdulillah, buah yang sudah dapat bagi jiran2, family dan kawan2 merasa...siap bagi kat monyet2 yang tamak lak tu...heheheheheehehe....

Kalau tengok memang kecur air liur. Hari2 dok bilang, dan setiap hari itu lah ader saja buahnya yang gugur.. Rasa sedih sangat..maklum pokok mangga nie ditanam dalam pasu yang di benamkan kat tanah, supaya akarnya tak memecahkan simen kat rumah....Mudahan semua dapat merasa yerk...

Tuesday, July 8, 2008

Dimanakah orang melayu

Di mana boleh cari ramai MelayuPastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan,
Dulu di Pudu Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapuDi pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang MelayuTerkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa melayu jadi begitu Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang majuBOleh!
Dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu,
Cuma baca bila nak halau hantu .......

* Eiba pun orang melayu, tapi banyak betulnya kan apa yang puisi tu kata..Kena belajar terima hakikat..*

Monday, July 7, 2008

Durian Time!!


Waaaaaarrrrggghhhh...bestnya kan... Isi kuning, rasanya pahit2 manis memang sedap..dari malam tadi dok pulun doyan nie...Memang berbaloi balik kg...



TB dengan tenang membuka buah durian yang ke 6, tengok lah yang dah kosong tu, eiba tolong gak.. tolong dia perabihkan durian tu...hik..hik..hik..dia bengang jer..pasal tangan TB siap terkena duri durian lagi...hehehehhehee...


Durian yang mau di kerjakan..get ready dahhh...


Durian yang terkumpul satu trolley, sebelum tu mak dah collect dah..cam nak wat jual jerr..



Tengoklah durian yang masih kat atas pokok lagi nie...Mengiurkan, mengoda perasaan fffuuuhhhh..rasa nak dok kat bawah poko, then tunggu jer buah nyer gugur...





adik ipar merangkap suami azie ngan anak sedara eiba dok tolong kutip buah durian yang berteraburan kat tanah...tengok pun terliur...fffuuuuhhhh...






Aktiviti memungut buah durian yang pastinya sedap di makan begitu saja...yummmyyy...








Eiba dan TB nak balik PG pasal ader kenduri kawin kat PG jiran lak tu...escape dari rewang heheehehehehhee...


pssssttt..jgn bg tau jiran eiba taww...



Sekian entry dari eiba minggu ini. Untuk lain kali, pasti ada entry yang lebih menarik lagi...Jumpa lagi..addios...


Saturday, July 5, 2008

My Handpone!!!

Huwarrrggghhhhh....huwarggggghhhhh... HP kesayangan ku hilang...!!!! Ya Allah...Dugaan ini kan...Sedeeeyyyy...!!! So kepada semua family dan siapa saja yang terlibat mengenali eiba, tak payahlah hubungi no telefon 014-2783875 lagi yer... korang boleh hubungi no 012-7346094 ataupun 07-2543792 ....

Sungguh tragik dan syahdu...Ya Allah, ampuni lah kesilapan yang hamba Mu ini lakukan..mudahan banyak lagi yang lebih baik menanti di hadapan ku..Amin...

What baby u are...

Jan
------------ ---JANUARY BABY-------- --------- ---
Pretty/handsome. Loves to dress up. Easily bored. Fussy. Seldom shows emotions. Takes time to recover when hurt.. Sensitive. Down-to-Earth.Stubborn. Repost this in 5 mins and you will meet someone new in 8 days that will perfectly balance your personality.
Feb

----------FEBRUARY BABY ------------ --------
Abstract thoughts. Loves reality and abstract. Intelligent and clever. Changing personality.Attractive. Sexiest out of everyone.Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest and loyal. Determined to reach goals. Loves freedom. Rebellious when restricted. Loves aggressiveness. Too sensitive and easily hurt.Gets angry really easily but does not show it.Dislikes unnecessary things. Loves making friends but rarely shows it. Horny. Daring and stubborn.Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp.Loves entertainment and leisure. Romantic on the inside not outside. Superstitious and ludicrous.Spendthrift. Tries to learn to show emotions.Repost this in 5 mins and you will communicate with someone and realize that you are a perfect match.
Mar
------------ -----MARCH BABY ------------ --------
Attractive personality. S#xy. Affectionate Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Great kisser. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness.
Hardly shows emotions. Tends to bottle up feelings. Observant and assesses others. If you repost this in the next 5 mins, you will meet your new love in 8 days.
Apr


------------ ------APRIL BABY ------------ -------
Suave and compromising. Funny and humorous.Stubborn. Very talkative. Calm and cool. Kind and sympathetic. Concerned and detailed. Loyal. Does work well with others. Very confident. Sensitive. Positive Attitude. Thinking generous. Good memory. Clever and knowledgeable. Loves to look for information. Able to cheer everyone up and/or make them laugh. Able to motivate oneself and others. Understanding. Fun to be around.Outgoing. Hyper. Bubbly personality. Secretive.Boy/girl crazy. Loves sports, music, leisure and travelling. Systematic. hot but has brains. If you repost this in 5 mins, a cutie that's caught your eye will introduce themselves and you will realize that you are very much alike in the next 2 days.
May



------------ -----MAY BABY ------------ -----
Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered.Attracts others and loves attention. Deep feelings.Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint.Needs no motivation. Shy towards opposite sex.
Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding.Sickness usually in the ear and neck. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves travelling. Dislike being at home. Restless. Not having many children.Hardworking. High spirited. If you repost this in the next 5 minutes, you will become close to someone you do not speak to much in the next 4 days..
Jun



------------ JUNE BABY ------------ -
You've got the best personality and are an absolute pleasure to be around. You love to make new friends and be outgoing. You are a great flirt and more than likely have an a very attractive partner. a wicked hottie. It is also more than likely that you have a massive record collection. You have a great choice in films, and may one day become a famous actor/actress yourself - heck, you've got the looks for it!!! IN the next 6 days you will meet someone that may possibly become one of your closest friends, if you repost this in 5 minutes.
Jul



------------ ----JULY BABY ------------ --
Fun to be with. Secretive. Difficult to fathom and to be understood. Quiet unless excited or tensed.Takes pride in oneself. Has reputation. Easily consoled. Honest. Concerned about people's feelings. Tactful. Friendly. Approachable.Emotional temperamental and unpredictable.Easily hurt. Witty and sparkly.spazzy at times.Not revengeful. Forgiving but never forgets.dislikes nonsensical and unnecessary things.Guides others physically and mentally. Sensitive and forms impressions carefully. Caring and loving. Treats others equally. Strong sense of sympathy. Wary and sharp. Judges people through observations. Hardworking. No difficulties in studying. Loves to be with friends ... Always brood about the past and the old friends. Waits for friends. Never looks for friends. Not aggressive unless provoked. Loves to be loved. Easily hurt but takes long to recover. Repost this in the next 5 mins and your reputation will boost someway in the next 12 days
Aug
------------ AUGUST BABY ------------ ---
outgoing personality. takes risks. feeds on attention. no self control. kind hearted. Self confident. loud and boisterous. VERY revengeful. easy to get along with and talk to. has an 'every thing's peachy' attitude. likes talking and singing.
loves music. daydreamer. easily distracted. Hates not being trusted. BIG imagination. loves to be loved. hates studying. in need of 'that someone'. longs for freedom. rebellious when withheld or restricted. lives by 'no pain no gain' caring.
always a suspect. playful. mysterious. 'charming' or 'beautiful' to everyone. stubborn. curious. independent. strong willed. a fighter. repost in 5 mins and you will meet the love of your life sometime next month.
Sep

------------ SEPTEMBER BABY ------------ ---
Active and dynamic. Decisive and haste but tends to regret. Attractive and affectionate to oneself.Strong mentality.. Loves attention. Diplomatic.Consoling, friendly and solves people's problems.Brave and fearless. Adventurous. Loving and caring. Suave and generous. Usually you have many friends. Enjoys to make love. Emotional. Stubborn. Hasty. Good memory. Moving, motivates oneself and others. Loves to travel and explore.Sometimes sexy in a way that only their lover can understand. if you do not repost this in the next 5 mins, someone very close to you will become mad at you in the next 8 days.
Oct

------------ ---OCTOBER BABY ------------ -------
Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the centre. Inner and physical beauty. Lies but doesn't pretend. Gets angry often. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Easily hurt but recovers easily.. Daydreamer. Opinionated. Does not care to control emotions. Unpredictable.
Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them all. repost this in 5 mins and you will meet the love of your life.
Nov


------------ ---NOVEMBER BABY ------------ --------
Trustworthy and loyal. Very passionate and dangerous. Wild at times. Knows how to have fun.Sexy and mysterious. Everyone is drawn towards your inner and outer beauty and independent personality. Playful, but secretive. Very emotional and temperamental sometimes. Meets new people easily and very social in a group. Fearless and independent. Can hold their own. Stands out in a crowd. Essentially very smart. Usually, the greatest men are born in this month. If you ever begin a relationship with someone from this month, hold on to them because their one of a kind. Repost in 5 mins & you will excel in a major event coming up sometime this month.
Dec


------------ ---DECEMBER BABY ------------ ---
This straight-up means ur the most good-looking person possible... better than all of these other months! Loyal and generous. Patriotic. Competitive in everything. Active in games and interactions.Impatient and hasty. Ambitious. Influential in organizations. Fun to be with. Easy to talk to, though hard to understand. Thinks far with vision, yet complicated to know. Easily influenced by kindness. Polite and soft-spoken. Having lots of ideas. Sensitive. Active mind. Hesitating, tends to delay. Choosy and always wants the best.Temperamental. Funny and humorous. Loves to joke. Good debating skills. Has that someone always on his/her mind. Talkative. Daydreamer.
Friendly.. Knows how to make friends. Abiding.Able to show character. one guy/girl kind of person. Loveable. Easily hurt. Prone to getting colds. loves music. ]

Friday, July 4, 2008

percaya tak???

Macam tak caya kan?? Ader ke buah pisang yang berbuah sebegini kat Malaysia, tapi kuasa Allah tiada yang mustahil kannnn....check it out....

Lagi cara nak jimat minyak...

Cuba le tryyyyyyyyyy

ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas
selayang....
masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang
nak
isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu
aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang
agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.07
sen
kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen...
mula2 mmg aku tak percaya... tapi......


1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa
pun...
dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam
korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
sudah la...

2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau)
yang
bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la

4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set
tadi

5. then korang tekan enter - 3x

6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau
korang tekan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi

8. tekan butang clear - 2x

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian

pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang



"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"



so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan
RM 2.70 seliter...



Wednesday, July 2, 2008

Buat Iktibar semua

"Abang , minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,"

masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,"

Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?"

pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.

Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

****************************************************************************************************************

Kepada: Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi, Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...

Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery


***************************************************************************************************************

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!




~ fIKIR2KAN LAH TEmAN2 kU sEKELiAN....~

Sekadar bercerita

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk,

"Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar",
minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.
"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah.

Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya

"Awak minta tolong pada siapa...?".
"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala- galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".
"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".
" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.
"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"


Sekadar renungan untuk para suami..bersama saling menghargai ........



Khasiat Peluk Isteri...

KHASIAT PELUK ISTERI ( UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN !! )

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Ehemmmpppp...so apa lagi...peluk lah isteri2 korang sekerap mungkin....hehehehehehheehehe...

Hair Styles for u guys..Just choose u want...











hehehehehehhehehehehhehehe.....

Tuesday, July 1, 2008

Lawak Petang hari

Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?

Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..

Suami : Buku apa? Isteri : Buku bank abanglah..



Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?

budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????


Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?

Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.

Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........


Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti..

Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5


Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.

So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia,

"AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?" Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER. " So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???" Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA." So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"

Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??" Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.

Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

Kawan Tok Batin : ????????


Citer 7

Seorang posmen yang datang menghantar surat .

" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik Sameon ye?

" Ya saya" " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8

Orang Asli Dan Polis orang asli

: selamat pagi tuan polis

: selamat pagi polis

: apa hal orang asli

: saya nak buat repot tuan polis

: fasal apa tu orang asli

: kawan saya di baham harimau polis

: pukul berapa orang asli

: dia tak pukul, terkam polis

: habis? orang asli

: tak habis, tinggal kepala


Citer 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:

" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu, " jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,"

kata lelaki itu dengan riang.


Citer 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati .

Shan : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...








Lawak Menyesal Tanya

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?"
Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.
Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah "bukan itu maksud saya"Lalu di ajukan soalan yang lain..

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"
Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung

"maaf, bukan itu maksud saya"Sekali lagi dia cuba bertanya
"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"

Separuh penduduk wanita berdiri.Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi

"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?"
Lalu....Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain,

makakali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari,menyesal tanya.


Wakakakakakakakkakakahhhh.........

Bulan Rejab ( 4 Julai 2008 - Friday )

Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara semoga yang terbaik untuk kita.......